Hiburan

The Cave: Filem Pertama Misi Menyelamat di Gua Tham Luang

Pengarah kelahiran Thailand yang mengambil masa beberapa minggu untuk menghasilkan filem pertama tentang penyelamatan gua dramatik pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ berkata tumpuannya adalah pada keaslian jalan cerita dan wira “yang tidak didendang” dalam misi itu.

Tom Waller berkata, “The Cave”, yang disasarkan untuk ditayangkan di Thailand pada Julai ini sempena ulang tahun operasi itu, akan menjadi “tulen” dan menceritakan misi maut untuk mengeluarkan 12 kanak-kanak lelaki dan jurulatih mereka dari gua Tham Luang.

Barisan pelakonnya terdiri lebih daripada sedozen wira penyelamat sebenar serta tambahan seperti tukang masak yang menyediakan makanan dan media dunia yang membuat liputan di pintu masuk gua.

“Wild Boars” menghabiskan lebih dari dua minggu terperangkap dalam kegelapan sebelum para penyelam menyelamatkan mereka dalam misi rumit yang belum pernah terjadi sebelumnya. Penyelam terpaksa membawa keluar mangsa yang diberi pelali melalui lorong-lorong yang berliku.

Related image

Waller yang pernah mengarahkan “The Last Executioner”, berkata dia tidak terfikir akan mengambil bahagian dalam projek filem itu walaupun ianya berdasarkan kejadian sebenar.

“Saya fikir saya akan menjadi magnet bagi menarik mereka yang berminat untuk membuat filem ini,” katanya kepada AFP di pejabat De Warrenne Pictures di Bangkok.

Tetapi kemudian saya mula menghubungi semua orang yang terlibat dalam peristiwa terbabit, termasuk sukarelawan penyelamatan, dan wira yang langsung tidak disiarkan di mana-mana akhbar.

“Jadi bagi saya, timbul persoalan sama ada saya perlu membuat filem itu sekarang atau berdiam diri dan tunggu sehingga Hollywood membuat filem mereka dan menontonnya seperti orang lain.”

Waller berharap latar belakang Thailandnya juga akan memberikan kelebihan kepadanya berbanding pengarah-pengarah asing yang lebih besar. Filemnya juga dibuat lebih awal dan kenangan masih segar dalam fikiran orang-orang yang mengambil bahagian dalam misi penyelamatan itu.

Tetapi cabaran tetap ada ketika penggambaran filem itu dilaksanakan. Gua Tham Luang yang sebenar, di wilayah utara Chiang Rai, tidak boleh diakses. Jadi lokasi gua dalam air yang sempit perlu dicari semula di seluruh negara.

“Orang terus bertanya, siapa yang akan memainkan watak Elon Musk?” Waller berkata, merujuk kepada usaha CEO Tesla yang turut ingin menyediakan kapal selam ketika kejadian.

Treler filem akan dilancarkan pada Festival Filem Berlin bulan depan, mendahului projek-projek filem “Wild Boars” yang lebih besar dan mungkin mempunyai jangkauan yang lebih luas di luar Thailand.

Kisah penyelamatan gua itu menjadi topik hangat, dengan penulisan buku dan filem asing berebut untuk mendapatkan persetujuan rasmi dari kementerian budaya untuk mendapatkan kelulusan penerbitan.

Sementara studio-studio Hollywood yang besar menggunakan khidmat pelakon popular dan mengubah suai plot untuk tujuan dramatik, filem Waller lebih realistik.

“Semua dalam filem itu adalah 100 peratus benar,” kata Jim Warny, 36 tahun, seorang warga Belgium yang tinggal di Ireland dan turut terlibat dalam misi menyelamat serta membintangi “The Cave.”

Seorang juruelektrik terlatih, Warny memberitahu AFP bahawa tempoh selepas penyelamatan itu sangat sengit, di mana para penyelamat dibanjiri tawaran, termasuk permintaan untuk mengendalikan rancangan realiti TV.

Bagaimanapun, “The Cave” versi Waller berjaya menambat hati Warny untuk menjalinkan kerjasama kerana ia menggambarkan situasi sebenar kejadiaan berkenaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker