AntarabangsaIsu Semasa

Mengapa Kapal Perang China Berlabuh Di Kemboja?

Awal bulan ini, tiga kapal perang Tentera Laut China (PLA) telah berlabuh di Kemboja dan mengadakan lawatan selama empat hari di negara Asia Tenggara tersebut, yang juga sekutu rapatnya.

China merupakan pelabur terbesar di Kemboja dan telah melakukan pelaburan bernilai berbilion dolar ke dalam ekonominya.

Selain daripada pelaburan, China juga berhasrat untuk melakukan pertukaran ketenteraan berprofil tinggi bersama Kemboja, dan ini sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa Beijing sedang membina pangkalan tenteranya di persisiran Kemboja.

Walau bagaimanapun, spekulasi itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Khabar angin pembinaan pangkalan tentera China di Kemboja telah hangat diperkatakan selama bertahun-tahun, namun ia kini mencapai tahap yang baru apabila Hun Sen menyatakan bahawa Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) telah mengutus surat kepadanya berhubung perkara itu.

Namun, Hun Sen yang telah memerintah negaranya lebih daripada 30 tahun itu berkata, Kemboja tidak akan membenarkan pangkalan tentera asing untuk bertapak di tanahnya.

Sementara itu, Kemboja juga terbukti menjadi sekutu China yang boleh dipercayai di kalangan negara-negara Asean dalam isu pertikaian kegiatan Beijing di Laut China Selatan.

Tuntutan China di kawasan perairan itu telah mencetuskan kemarahan Filipina, Vietnam dan Malaysia.

China pula telah memberi sokongan padu kepada Kemboja dalam pelbagai isu sensitif, termasuk pilihan raya berkontroversi pada Julai lalu yang diadakan tanpa pembangkang.

Kerajaan pimpinan Hun Sen menuduh AS bersekongkol dengan pemimpin pembangkang Kemboja untuk menggulingkan kerajaan.

Difahamkan, China – Kemboja juga telah mengadakan beberapa latihan ketenteraan bersama, sementara China pada bulan Jun lepas berjanji untuk menyalurkan AS$100 juta (RM411 juta) bagi memondenkan angkatan tentera Kemboja.

“Tujuan lawatan itu adalah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan, khususnya di antara tentera lautt dari kedua-dua negara,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Chhum Socheat.

Beliau turut menolak dakwaan yang menyatakan bahawa kehadiran ketiga-tiga kapal perang itu adalah untuk menunjukkan “pengaruh China.”

Sumber: AFP
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button