Isu SemasaPolitikTempatan

GPS Berdepan Cabaran Besar

Selepas kekalahan bersejarah Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, parti-parti komponen BN di Sarawak telah keluar daripada gabungan itu dan membentuk gagasan baru yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

GPS terdiri daripada empat buah parti komponen iaitu:

1. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

2. Parti Rakyat Sarawak (PRS)

3. Parti Demokratik Progresif (PDP)

4. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

Tetapi, adakah gabungan baru ini akan mampu membawa perubahan sewajarnya di Sarawak?

Menurut kolumnis NST, John Teo menerusi penulisannya bertajuk “Can GPS deliver?”, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang juga pengerusi GPS, berhasrat untuk menunaikan janji dalam memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar bagi menaiktaraf infrastruktur-infrastruktur di seluruh Sarawak, dengan menggunakan rizab dan pendapatan negeri terkumpul hasil daripada cukai minyak dan gas yang baru.

Rancangan pembangunan baru ini secara jelas dirancang dengan teliti, lebih-lebih lagi kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung pada tahun 2021 nanti.

Ini akan menjadi cabaran pemilihan pertama bagi Abang Johari sejak dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak berikutan pemergian bekas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada dua tahun lalu.

PRN yang akan datang juga akan menguji populariti GPS dan juga sama ada Pakatan Harapan (PH) yang baru sahaja menjadi kerajaan baru, masih mempunyai daya tarikan politik yang memberangsangkan atau tidak.

Pada masa ini, perseteruan politik di antara kerajaan negeri pimpinan GPS dan parti-parti PH Sarawak dilihat berlaku dengan kerap.

Antaranya adalah keputusan kerajaan Sarawak untuk tidak mengikut jejak langkah kerajaan persekutuan dalam menguatkuasakan larangan merokok di premis-premis makanan serta hasil kutipan cukai pelancongan negeri yang tidak diagihkan.

Dalam pada itu, kepimpinan tertinggi pentadbiran negeri juga telah mengarahkan agar tender-tender kerajaan diperluaskan dengan sebaik mungkin agar perniagaan-perniagaan kecil akan turut menikmati manfaatnya secara langsung.

Namun walaupun ini adalah satu langkah yang bagus, ia masih tidak jelas sama ada kerajaan negeri akan mampu melaksanakannya dengan berkesan atau sebaliknya.

Terdapat juga kebimbangan berhubung terlalu banyak projek mega, termasuk Pan-Borneo Highway dilaksanakan dalam rangka masa yang singkat, dan masalah-masalah seperti kos struktur yang terlalu tinggi serta kekurangan bahan pembinaan mungkin tidak akan dapat dielakkan.

Selain itu, isu hubungan di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan juga adalah satu masalah yang tidak boleh diabaikan.

Terdapat pelbagai kekeliruan yang telah timbul daripada beberapa idea serta konsep yang dikeluarkan secara tidak berhati-hati.

Ini termasuk pandangan bahawa sesetengah “hak negeri telah diambil,” dan ini adalah satu fenomena mengelirukan yang memberi gambaran seolah-olah hak negeri telah hilang begitu sahaja secara misteri.

Terdapat juga pandangan bahawa Sarawak adalah “rakan kongsi yang sama rata” dengan Malaya, Sabah dan Singapura dalam pembentukan Malaysia, tetapi kerajaan persekutuan pada hari ini telah ‘berubah’ dan hanya memberi kepentingan terhadap Semenanjung sahaja.

Sumber: NST

Show More

Related Articles

Back to top button