Sukan

Wayne Hennessey: Penjaga Gol Didakwa Atas Gambar Yang Seakan-Akan Kelihatan Melakukan Tabik Hormat Nazi

Penjaga gol untuk pasukan bola sepak Crystal Palace telah didakwa melanggar peraturan FA kerana telah dilihat melakukan tabik hormat Nazi dalam sebuah gambar yang telah dimuatnaik ke laman sosial Instagram.

Pemain yang berkerakyatan Wales itu dilihat telah menaikkan tangan kanannya ke udara dalam gambar yang dimuatnaik oleh pemain tengah pasukan tersebut, Max Meyer yang merupakan orang Jerman.

Sumber Imej: metro.co.uk

Kejadian tersebut dikatakan berlaku semasa mereka sedang makan bersama rakan sepasukan yang lain.

Gerak Tubuh Tersebut Adalah Sangat Kebetulan

Walau bagaimanapun, Wayne Hennessey berkata gerak tubuh tersebut adalah sangat kebetulan.

Penjaga gol tersebut menjelaskan bahawa dia melambai dan menjerit kepada orang yang sedang mengambil gambar tersebut untuk cepat dan meletakkan mulut berdekatan dengan mulut saya supaya jeritan saya akan lebih terdengar.

Melanggar Peraturan Persatuan Bola Sepak

Persatuan Bola Sepak pula mendakwa tindakannya itu telah melanggar peraturan berkaitan menyalahgunakan, menghina atau melakukan kelakuan tidak wajar dan membawa permainan berada dalam situasi yang tidak patut.

Hennessey turut didakwa atas ‘pelanggaran yang berlebihan’ kerana ia telah menyentuh hal berkaitan asal usul, bangsa, agama atau kepercayaan.

Meyer telah memuat naik gambar tersebut ke Instagram story yang telah pun tamat tempoh setelah kemenangan kelab bola sepak terbabit ke atas Liga Kedua Grimsby dengan mata 1-0 dalam Piala FA pusingan ketiga.

Sumber Gambar : independent.co.uk

Dalam pada itu, Hennessey, 31 tahun telah menulis di laman Twitter tentang hal ini dan dia mempunyai sehingga 31 Januari untuk menjawab ke atas pertuduhan tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker