Gaya Hidup

6 Perkara Selain “CyberBully” Yang Berlaku Di Alam Maya Yang Boleh Menyebabkan Anak Anda Disakiti

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Unicef telah mendedahkan 8 daripada 10 kanak-kanak pernah dibuli di sekolah.

Melalui tinjauan Children4Change, 70% daripada kanak-kanak berkata mereka telah menyaksikan rakan mereka dibuli kerana rupa mereka, cara berpakaian dan cara jalan.

Menurut wakil daripada Unicef ke Malaysia Marianne Clark-Hattingh, kita sering memandang remeh terhadap impak membuli di kalangan kanak-kanak.

“Ia adalah satu keperluan untuk kanak-kanak merasakan ia selamat untuk memberi laporan terhadap sesuatu kes, mereka perlu yakin bahawa sesuatu akan dilakukan untuk menangani masalah buli dan sokongan akan diberikan kepada mangsa,” kata Marianne.

Melalui tinjauan ini, mereka dapati 51% kanak-kanak akan meminta pembuli untuk menghentikan perbuatannya itu jika mereka dilihat membuli seseorang. Walau bagaimanapun, 40% menyimpan perbuatan tersebut dan tidak melaporkannya kepada sesiapa.

Sekolah Menjadi Tempat Utama Kes Buli Berlaku

Masalah buli ini juga kebanyakannya terjadi di sekolah dengan 68% manakala 58% terjadi di internet.

Buli di internet ini lebih sering terjadi pada remaja yang berusia 16-17 tahun. 

Terdapat 6 perkara yang terjadi di alam maya yang boleh juga dikategorikan sebagai cyberbully (buli dunia maya) yang ibubapa perlu tahu.

1. “Ghosting

Ini terjadi apabila rakan anak anda di atas talian tidak lagi memberi balasan kepada mereka  di media sosial, ia dipanggil “ghosting“.

Bagaimana menanganinya?
Ramai yang tidak suka apabila diri mereka tidak dilayan atau tidak dipeduli, sebagai ibubapa cuba lebih empati dan melihat perasaan anak anda. Anda boleh cuba dengan meminta mereka bersemuka dengan situasi tersebut. Jika sukar, anda boleh cadangkan kepada anak anda untuk berhenti mendapatkan balasan kerana mungkin ‘sang hantu’ akan kembali mencari anak anda setelah “menghilang”. Namun, jika ia tidak berlaku, anak anda harus menerima keadaan tersebut dan tidak lagi ambil peduli dengan rakannya itu.

2. ‘Subtweeting’

Ini terjadi di laman twitter. Ia adalah apabila seseorang menulis tweet tentang seseorang tanpa memberitahu orang tersebut sama ada dengan menulis nama ataupun ‘tag’ mereka di twitter.
Selalunya subtweet ini adalah tentang sesuatu isu teruk dan kejam di mana kemungkinan besar orang yang ditujukan itu tidak tahu tentang hal ini.

Bagaimana menanganinya?
Jika anak anda dapat tahu rakannya sedang ‘subtweet’ tentangnya, ia adalah terbaik untuk bersemuka. Namun, jika anak anda tidak mengenali orang tersebut atau tidak begitu kenal, jalan terbaik ialah dengan mengabaikan tweet tersebut. Ini kerana perang di dunia maya sering berakhir dengan sesuatu yang tidak baik.

3. Akaun ‘fake’

Terdapat kanak-kanak yang akan mereka akaun palsu atas nama orang lain dan menggunakannya untuk mencari ‘pasal’ dan melukakan hati seseorang. Dalam kebanyakan kes, pemilik sebenar akaun ini tidak akan dapat diketahui.

Bagaimana menanganinya?
Jika anak anda dibuli oleh si akaun palsu, langkah terbaik ialah untuk menghalang mereka dari berkomunikasi dengan ‘block’ pengguna tersebut dan melaporkannya.

4. Berkongsi video atau gambar yang memalukan

Sebagai anak remaja, ia adalah perkara biasa jika mereka mengambil swafoto (selfie). Namun adakalanya sesetengah gambar yang diambil sekadar gurauan atau suka-suka dikongsikan kepada orang ramai akan diambil oleh orang lain dan dikomen secara melulu.
Ini sering terjadi kepada orang yang fikir mereka ingin bergurau dengan cara tersebut tetapi tidak tahu ia sesuatu yang akan mendatangkan keburukan.

Bagaimana menanganinya?
Perkara yang terbaik ialah pastikan anak anda mempunyai tanggungjawab untuk bertanya kepada pemilik gambar tersebut sebelum berkongsi post. Namun perkara ini sering terlepas pandang. Oleh sebab itu, anda perlu ingatkan anak anda untuk sentiasa berhati-hati dengan gambar yang dikongsikan di media sosial. Fikirkan sama ada terdapat impak yang tidak baik bakal terjadi setelah gambar itu diletakkan atau sebaliknya.

5. Tersisih

Anak anda mungkin akan melayari laman sosial dan terlihat sekeping gambar rakan-rakannya dimuat naik tetapi anak anda tidak berada di dalam situasi tersebut. Adakalanya gambar seperti ini tidak disengajakan tetapi ada yang disengajakan.

Bagaimana menanganinya?
Jika anak anda menegur mereka di atas talian, ia pasti tidak akan mendatangkan kebaikan. Oleh itu cuba minta anak anda bersemuka dengan rakan-rakannya tersebut namun ingatkan anak anda untuk menggunakan kata-kata yang tidak menyakiti hati rakan tersebut pada masa yang sama. Contohnya: Saya terasa terpinggir bila nampak gambar itu..
Jangan terus menyerang rakan dengan berkata “Saya rasa awak ni b*d*h…
Namun, jika post tersebut ialah usaha rakannya itu untuk menyakiti hati anak anda, adalah lebih baik untuk anak anda menjauhinya dan ‘unfriend’ atau ‘unfollow’ mereka di sosial media.

6. Ucapan kebencian

Ini sering terjadi di alam maya. Ia bertumpu untuk menyakiti seseorang berdasarkan personaliti seseorang seperti kaum, etnik, agama, warganegara, kelemahan, seksual orientasi, identiti jantina atau sistem kepercayaan.
Adakalanya post tentang ini juga bukan tentang anak anda semata-mata tetapi sesuatu yang boleh memberi impak kepada anak anda.

Bagaimana menanganinya?
Adalah sebaiknya jika anak anda tidak masuk dalam perang komen di media sosial. Beri mereka alternatif lain untuk mencari komuniti alam maya yang lebih bersifat menyokong daripada menindas. Jika orang yang melakukan hal tersebut ialah kenalan anak anda, dan ucapan tersebut memang ditujukan kepada anak anda, mungkin perkara ini boleh dibawa berbincang bersama orang yang lebih dewasa seperti ibubapa ataupun guru sekolah.
Ini kerana ucapan kebencian ini boleh melarat dan mendatangkan kemudaratan di dunia realiti.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker