Bisnes & Ekonomi

5 Fokus Ini Merupakan Kunci Kejayaan Pasaraya Village Grocer

Pada satu ketika dahulu, orang kita pasti akan ke pasar atau kedai runcit berhampiran rumah untuk membeli barangan dapur. Hubungan di antara pemilik kedai dan pembeli pula seperti sebuah keluarga sehingga tahu apa yang sering dibeli dan tahu sedikit sebanyak cerita peribadi satu sama lain.

Namun pada zaman sekarang, kebanyakan dari warga bandar akan ke pusat membeli-belah atau pasaraya besar untuk membeli barangan rumah mereka.

Lain pula harapan dan fokus pasaraya Village Grocer yang merupakan salah satu syarikat di bawah The Food Purveyor Sdn Bhd selain daripada Ben’s Independent Grocer dan rangkaian Pasaraya OTK  yang juga berada di bawah payung yang sama.

Ong Kim Too, Pengerusi Syarikat The Food Purveyor Sdn. Bhd.

Sentuhan Kemanusiaan Kunci Kejayaan

Menurut pengerusi syarikat, Ong Kim Too, beliau mahu Village Grocer memiliki elemen “kemanusiaan” dalam memastikan jenama

Village Grocer ini menonjol.

Walaupun beliau mengakui bahawa ia mustahil untuk mengenal setiap pelanggan yang masuk ke Village Grocer setiap hari tetapi mereka telah mengetengahkan beberapa strategi untuk memastikan jenamanya sentiasa menarik pelanggan bagi memberikan perkhidmatan yang baik dan rangkaian produk yang luas pada harga yang berpatutan.

Pemilik Village Grocer Mengunjungi Outletnya Setiap Hari

Fokus utama syarikat ini juga adalah untuk memastikan servis pelanggan mereka terbaik untuk membina nilai serta meningkatka jenama syarikat ini di pasaran.

Pada masa yang sama, Ong juga akan sentiasa mengunjungi outlet Village Grocer ini dan adakalanya sehingga lima outlet dalam satu hari.

Sumber Gambar : theedgemarkets

Bagi pelanggan yang sudah lama mengenali beliau, mereka suka perkhidmatan yang diberikan oleh keluarga Ong yang telah mengasaskan rangkaian pasaraya ini.

Memastikan Pelanggan Mereka Setia

Kini, syarikat ini telah memperkenalkan program kesetiaan bernama BITES yang boleh digunapakai ke atas semua rangkaian di bawah syarikat kumpulan milik Ong. Program ini juga membolehkan mereka berhubung dengan para pelanggan dan memahami apa yang mereka mahu.

“Adakalanya pelanggan kami meminta produk dari luar negara untuk masuk ke dalam pasaraya kami dan kami cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan tersebut. Kami juga bekerjasama dengan rakan niaga untuk meluaskan lagi tawaran yang bakal diberikan,” kata Ong kepada TheStar.

Sentiasa Mencari Idea Baharu Dengan Ke Luar Negara

Ong juga berkata mereka sering ke luar negara untuk melihat produk yang dikeluarkan di luar negara dan bagaimana pasaraya luar negara menguruskan perniagaan mereka.

Ong optimistik dengan usaha yang dilakukan oleh pihak syarikat untuk mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan dan membina nilai yang baik untuk jenama Village Grocer yang kini terdapat 15 outlet dan 4 lagi bakal muncul pada pertengahan tahun ini. 

Pemasaran Penting Untuk Syarikat

“Dahulu kami fokus kepada operasi dan produk yang ditawarkan syarikat. Kini penjenamaan merupakan kunci kepada syarikat kami untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” akui Ong.

Mereka juga telah memastikan syarikat mereka berkembang menerusi pemasaran untuk penjenamaan dan bukan hanya sekadar perhubungan dengan pelanggan semata-mata.

Ong yakin dan berkata konsistensi merupakan hal penting dalam perniagaan yang diceburinya oleh itu dia mahu lebih konsisten dalam memberi mesej kepada pelanggannya dalam setiap saluran yang wujud pada masa kini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker