AntarabangsaIsu Semasa

Mengapa Pemimpin-Pemimpin Dunia Berkumpul Di Davos Setiap Tahun?

Forum Ekonomi Dunia (WEF) merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap hujung bulan Januari  di Davos, Switzerland.

Sidang kemuncak ini menghimpunkan para pemimpin serta organisasi dari seluruh dunia, dan ia bertujuan untuk bersama-sama menangani masalah global menerusi kerjasama erat di antara sektor awam dan swasta.

WEF tahun ini dijangka akan dihadiri oleh 40 ketua organisasi antarabangsa dan 65 pemimpin negara. Walau bagaimanapun, Beberapa pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Perdana Menteri United Kingdom (UK), Theresa May, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron tidak menyertai sidang kemuncak kali ini.

Difahamkan, Trump memutuskan untuk tidak menghadiriya berikutan krisis penutupan kerajaan AS yang masih sedang berlangsung, manakala May pula sedang berusaha keras untuk membina ‘Pelan B’ sebagai pelan sandaran bagi perjanjian asal Brexit-nya (pengunduran UK dari Kesatuan Eropah).

Bagi Macron pula, beliau perlu menangani isu protes anti-kerajaan besar-besaran yang dilakukan oleh pergerakan ‘jaket kuning’, kerana membantah kenaikan cukai bahan api.

Dalam pada itu, keadaan global yang semakin tidak menentu mencetuskan pelbagai masalah serius yang berpotensi menjejaskan seluruh dunia.

Persoalannya, adakah golongan-golongan elit politik, kerajaan, perniagaan, dan korporat yang berkumpul di Davos akan mampu menyelesaikannya?

GLOBALISASI

Peranan WEF adalah untuk “memperbaiki keadaan dunia.” Namun menurut penganalisis politik, Anand Giridharadas, sidang kemuncak Davos ini hanyalah “perjumpaan keluarga bagi individu-individu yang memusnahkan dunia.”

Selepas berdekad-dekad memperjuangkan globalisasi, WEF kini semakin bimbang dengan pelbagai masalah yang semakin berleluasa seperti ketidaksamarataan, fahaman perlindungan (protectionism), serta politik nasionalis yang boleh menyebabkan ekonomi dunia terperangkap dalam krisis lain secara tidak sedar.

“Globalisasi melahirkan pemenang dan pihak yang tewas dan terdapat lebih ramai pemenang sejak 24, 25, 30 tahun yang lalu – tetapi kini kita perlu memberi perhatian terhadap mereka yang kalah…mereka yang ketinggalan,” kata pengasas WEF, Klaus Schwab.

KRISIS PERUBAHAN IKLIM

Selepas pelbagai amaran yang dikeluarkan selama bertahun-tahun, kebanyakan pemimpin perniagaan, ahli politik, dan ahli ekonomi sudah menyedari masalah ini.

Berdasarkan kajian tahunan risiko global WEF, insiden perubahan iklim dan cuaca ekstrim kini menjadi masalah yang paling berbahaya terhadap ekonomi dunia.

Malangnya, hubungan antarabangsa yang semakin buruk serta nasionalisme yang semakin meningkat menjadikannya lebih sukar untuk mewujudkan perjanjian di antara pelbagai negara/pihak bagi menyelesaikan masalah ini.

KESIHATAN MENTAL

Kesihatan Mental merupakan tema sidang kemuncak WEF di Davos pada tahun ini.

Forum kali ini akan membincangkan isu-isu berkaitan kesihatan mental termasuk kemurungan dan kegelisahan yang semakin meningkat, serta sama ada ia ditangani dengan betul atau sebaliknya.

Difahamkan, Putera William akan mencabar pemimpin-pemimpin perniagaan untuk memperbaiki kesejahteraan emosi dan mental di tempat kerja.

Beliau akan menjadi panel “mental health matters” bersama Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Menurut kenyataan Istana Kensington, Duke of Cambridge itu juga akan “menggunakan peluang ini untuk mengemukakan pandangannya bahawa majikan-majikan utama dunia memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat dan tempat kerja yang sihat dari segi mental.”

PERANG DAGANG AS-CHINA

Perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China berpotensi menjejaskan ekonomi seluruh dunia jika berlakunya ‘perang berskala penuh.’

Naib Presiden China, Wang Qishan,  akan menyampaikan ucapan khasnya di WEF kali ini berhubung isu perang dagang AS-China.

Wang juga dijangka akan mendedahkan impak/kerosakan yang disebabkan oleh perang dagang itu, dan sama ada China sedang menghadapi kelembapan ekonomi seperti yang dibimbangkan oleh ahli-ahli ekonomi.

Namun begitu, tiada seorang pun wakil dari AS yang akan datang.

 

BREXIT

Perdana Menteri UK, Theresa May tidak menghadiri sidang kemuncak WEF kali ini untuk memberi tumpuan dalam menyelesaikan krisis Brexit.

Tetapi, Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond dijangka akan membuat penampilan di forum tersebut, dan beliau akan berdepan tekanan oleh ramai pemimpin-pemimpin perniagaan UK yang bimbang dengan Brexit tanpa perjanjian.

 

 

 

Sumber: The Guardian, TIME

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button