Isu SemasaTempatan

9 Fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) Yang Anda Patut Tahu

Mungkin semua orang tahu bahawa Menteri yang mengetuai kementerian dalam negeri (KDN) ialah YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, namun ramai mungkin tidak pasti dengan hal ehwal di bawah kementerian ini.

Apa sebenarnya tugas dan tanggungjawab mereka. Berikut ialah tugasan mereka dan juga tindakan yang diambil oleh kementerian seperti yang dipaparkan di laman twitter rasmi mereka iaitu  @KDNPUTRAJAYA

1. Hal Ehwal Keselamatan dan Ketenteraman Awam

Memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam daripada sebarang ancaman; dan menjalankan penguatkuasaan ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri.

2. Hal Ehwal Pendaftaran

Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.

— JPN Malaysia (@jpnm_official) January 17, 2019

3. Hal Ehwal Imigresen dan Pekerja Asing

Memastikan pengurusan pengeluaran dokumen perjalanan, urusan keluar/masuk warganegara dan warga asing teratur serta pemberian pas yang bersesuaian kepada warga asing yang tinggal di negara ini selaras dengan akta dan peraturan imigresen.

4. Pengurusan Pertubuhan

Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.

5. Anti Dadah

Meningkatkan usaha membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah; dan Meningkatkan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah.

KDN dan agensinya bertanggungjawab membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta menentukan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Hasil yang diharapkan akhirnya ialah memastikan negara bebas daripada dadah.

6. Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran

Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan, percetakan dan pengedaran bahan-bahan penerbitan; dan Memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan teks dan bahan Al-Quran.

7.Kawalan filem

Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.

8. Pengurusan Sukarelawan

Memastikan pengurusan sukarelawan yang cekap bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ Kerajaan serta menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi setempat.

9. Pemulihan dan Pelaksanaan Hukuman

Memastikan pelaksanaan hukuman dan penahanan yang selamat terhadap pesalah; dan Meningkatkan keberkesanan program pemulihan terhadap pesalah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker