AntarabangsaIsu Semasa

Fenomena Teman Lelaki Upahan Untuk CNY

Fenomena menyewa teman wanita atau teman lelaki untuk Tahun Baru Cina bermula di China beberapa tahun yang lalu dan kini telah menular di Malaysia.

Laporan berita mengatakan bahawa di China, sesetengah wanita bujang hidup dalam tekanan daripada ibu bapa mereka yang memaksa untuk berkahwin. Untuk mengelakkan perkara itu, mereka menyewa seorang teman lelaki palsu untuk hadir meraikan Tahun Baharu bersama ahli keluarga.

Amalan ini telah berkembang bahkan khidmat teman lelaki upahan turut ditawarkan untuk perjalanan membeli-belah.

Menurut artikel akhbar China Daily, ramai lelaki di China mengiklankan ketersediaannya menjelang Tahun Baru Cina pada platform media sosial QQ.

Harga permulaan untuk menyewa seorang teman lelaki di China semasa perayaan adalah dari 1,000 yuan (RM606.69) hingga 1,500 yuan (RM910.13) sehari.

Selain dari bayaran sewa, pelanggan perlu membayar tambang perjalanan pulang teman lelaki upahan mereka dan perbelanjaan lain seperti makanan.

Terdapat juga laman web di China di mana teman lelaki dan teman wanita upahan menawarkan perkhidmatan mereka.

Salah satu laman web mempunyai senarai gambar lelaki dan wanita yang boleh disewa semasa Tahun Baru Cina untuk mengiringi pelanggan mereka ke kampung halaman mereka.

Beberapa pusat membeli-belah di China juga telah mula menawarkan perkhidmatan teman lelaki upahan.

Teman lelaki ini menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan yang ingin membeli-belah termasuk memegang beg mereka, mengambil gambar dan berbual.

Di Malaysia, khidmat teman lelaki upahan versi yang lebih baik telah ditawarkan menjelang Tahun Baharu Cina ini.

Portal membeli-belah dalam talian Lazada Malaysia dikatakan menawarkan pembida bertuah peluang untuk meluangkan masa dengan salah seorang daripada beberapa leng chai (lelaki kacak) yang ditawarkan.

Promosi “Slash The Leng Chai” yang baru sahaja berakhir, membolehkan pelanggan Lazada memilih seorang daripada beberapa lelaki bujang berdasarkan gambar yang dipaparkan di laman web portal berkenaan.

Mereka kemudiannya dikehendaki untuk “mengurangkan” harga teman lelaki pilihan mereka dari RM8,888.88 kepada RM0 pada aplikasi Lazada.

Mereka yang mengambil bahagian boleh mendapatkan bantuan dari rakan dan keluarga untuk membantu mencapai 48 slash yang diperlukan untuk menurunkan harga kepada RM0.

Lazada akan menghubungi pelanggan yang berjaya bermula esok hingga Rabu.

Pemenang kemudian akan menghabiskan waktu petang dengan leng chai mereka di rumah kebajikan di mana mereka akan menghabiskan masa yang berkualiti dengan warga emas di sana.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button