Bisnes & Ekonomi

PROTEGE Ganti SL1M Untuk Lahirkan Lebih Ramai Usahawan

Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU) akan menggantikan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dengan program baharu dikenali sebagai PROTEGE bermula awal tahun ini.

Program “Profesional Training and Education for Graduating Entrepreneurs” (PROTEGE) itu, akan bertindak sebagai medium latihan buat mereka yang sedang bekerja ataupun menjadi usahawan.

Timbalan Menteri KPU, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata tujuan utama proses penjenamaan ini adalah untuk memastikan mereka yang mendaftar di SL1M yang dilancarkan pada tahun 2011, mempunyai pilihan jika syarikat tidak menerima mereka bekerja.

“Para graduan akan diajar kemahiran keusahawanan. Matlamat Kementerian adalah untuk mempunyai lebih banyak usahawan. Jadi Peserta akan diberi bimbingan untuk memulakan perniagaan,” katanya.

SL1M telah menerima peruntukan sebanyak RM5 juta untuk melatih 10,000 graduan pada 2019 – bajet yang jauh lebih kecil berbanding RM50 juta tahun lalu untuk melatih 25,000 orang graduan.

Ketua Setiausaha SL1M, Norashikin Ismail menjelaskan bahwa dalam SL1M, kos untuk melatih seorang siswazah dalam program 12 bulan, elaun dan mengajar kemahiran insaniah adalah berjumlah RM29,000.

Walau bagaimanapun, katanya, bajet SL1M yang lebih kecil masih dapat menghasilkan produk yang setaraf.

Beliau menambah bahawa  akan berusaha membina perkongsian strategik dengan banyak lagi syarikat untuk memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

“Dengan bajet ini, kita perlu melakukan beberapa pembaharuan dan mengubah pemikiran graduan untuk berusaha mewujudkan peluang pekerjaan mereka sendiri melalui perniagaan,” kata Norashikin.

SL1M ingin syarikat-syarikat besar serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyokong graduan tempatan dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Sebagai motivasi, syarikat yang bekerjasama akan ditawarkan potongan cukai berganda atau mempunyai kos latihan dibayar balik melalui skim HRDF-SL1M.

Pegawai modal insan kumpulan Maybank, Nora Abd Manaf, berkata Maybank komited kepada SL1M yang memperkukuhkan modal insan dan graduan berbakat Malaysia untuk Industri 4.0.

Beliau berkata Maybank memberi peluang kepada graduan untuk berlatih di bawah program SL1M-Booster Maybank. Seramai 100 graduan akan ditempatkan di pusat latihan Maybank, dengan bilik dan dewan yang ditanggung oleh bank.

Sejak 2011, Maybank telah melatih 2,004 graduan di bawah SL1M, dengan 600 orang yang akhirnya bekerja dengan syarikat itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker