AntarabangsaIsu SemasaPolitik

“Progress Singapore Party” Parti Pembangkang Baru Singapura

Tan Cheng Bock, seorang bekas anggota parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang juga pernah menjadi calon presiden Singapura menyatakan bahawa beliau telah membuat permohonan untuk menubuhkan sebuah parti baru, sekali gus mengesahkan pengembalian semula beliau ke dalam politik.

Dalam pada itu, tindakan Tan yang kembali semula ke dalam arena politik ini juga dikatakan akan mengukuhkan lagi pihak pembangkang Singapura yang lemah, sementara PAP pula membuat persediaan untuk persaraan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sepanjang pemerintahan PAP sejak tahun 1959, undian terhadap parti itu tidak pernah kurang daripada 60%, dan ia kini mendominasi 83 daripada 89 kerusi di Parlimen.

Difahamkan, Tan pernah memegang jawatan di dalam PAP selama lebih dua dekad sehingga tahun 2006, dan kemudian menjadi popular selepas hampir menewaskan seorang calon yang disokong Lee dalam Pilihan Raya Presiden tahun 2011.

Dalam pada itu, Lee yang hampir berusia 67 tahun berkata, beliau akan berundur pada usia 70 tahun.

Tahun lepas, Tan dipelawa oleh sekumpulan parti untuk mengetuai pakatan pembangkang dalam pilihan raya akan datang yang dijangka diadakan pada awal tahun 2021.

Namun begitu, terdapat juga kemungkinan bahawa pemilihan tersebut akan diawalkan kepada tahun ini.

“Saya telah memutuskan untuk kembali ke politik selepas sekian lama berdiam diri dan sudah mendaftar sebuah parti baru yang dikenali sebagai Progress Singapore Party.

“Walaupun kami sedang menubuhkan sebuah parti baru, kami masih berharap untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain di dalam pembangkang yang bersemangat untuk mendahulukan negara – sebelum parti atau diri sendiri,” ujar Tan.

Sumber: Reuters

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker