Bisnes & Ekonomi

Graduan Bumiputera & Wanita Paling Sukar Dapat Pekerjaan, Adakah Gen-Z Sudah Bersedia?

Dalam 1.4 juta peluang pekerjan yang wujud pada tahun 2017, 86.5% terdri daripada pekerjaan berkemahiran rendah.

Graduan Bumiputera Paling Sukar Dapat Pekerjaan

Melalui kajian yang dijalankan oleh Bank Dunia dan Talent Corporation pada tahun 2014 pula, 90% syarikat merasakan graduan universiti memerlukan lebih banyak latihan industri sebelum mereka menamatkan pengajian.

Kini sebanyak 539 syarikat di Malaysia termasuk kumpulan Maybank, CIMB, Axiata, Celcom, Huawei dan Intel sedang bekerjasama dengan kementerian pendidikan untuk meningkatkan kebolehpasaran para graduan.

Menurut laporan, graduan bumiputera merupakan di tangga teratas dalam mengalami kesukaran mencari pekerjaan (4.6%) berbanding bukan bumputera yang tidak memiliki pendidikan formal.

Wanita Lebih Sukar Dapat Pekerjaan Berbanding Lelaki

Wanita terutamanya dari kalangan bumiputera dan India pula lebih terdedah kepada kadar pengangguran yang tinggi jika dibandingkan dengan lelaki (4.2% dan 4.9% masing-masing).

Pihak kerajaan telah pun mencadangkan kaedah untuk menangani masalah ini dengan mencari kemahiran yang diperlukan oleh industri, melihat aliran utama yang diperlukan dalam pembelajaran teknik dan vokasional. Mereka juga melihat latihan yang diperlukan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan pada masa yang sama memupuk budaya berniaga di kalangan warga Malaysia.

Wanita Diperlukan Untuk Bekerja Bagi Menjamin Ekonomi Negara Yang Lebih Baik

Melihat kepada cadangan Economic Outlook 2019,  dengan mendapatkan lebih ramai wanita di dalam sektor pekerjaan boleh menangani masalah impak yang bakal terjadi dengan populasi yang semakin menua.

Malaysia dikatakan mempunyai risiko “penuaan penduduk” apabila 7% dari jumlah populasi negara berada dalam umur 65 tahun dan ke atas.

Risiko Penuaan Penduduk Terhadap Ekonomi

Pada tahun 2017, Malaysia memiliki 2 juta atau 6.3% penduduk yang berusia 65 tahun ke atas.

Secara dasarnya, populasi ini memberi tekanan kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana ia memberi impak terhadap produktiviti, penyertaan buruh dan kadar penjimatan.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang mengatakan walaupun Malaysia memiliki kadar penuaan penduduk pada tahun 2020, tetapi pertumbuhan ekonomi tetap akan berada pada aras yang stabil untuk jangka masa panjang.

Ini adalah kerana kadar pengurangan kadar kesuburan di kalangan wanita menunjukkan wanita akan lebih memasuki pasaran buruh dan menyumbang kepada produktiviti buruh serta pertumbuhan ekonomi.

Menurut TheStar, Malaysia merupakan antara negara yang memiliki buruh wanita paling rendah di kalangan negara ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan.

Generasi Baharu Bakal Memasuki Alam Pekerjaan

Bagi orang muda yang lahir pada pertengahan tahun 1990-an sehingga awal 2000, mereka pula akan memasuki sektor pekerjaan adn generasi yang lebih dikenali dengan Gen-Z ini mempunyai beberapa misi dalam hidup untuk dicapai dalam alam pekerjaan.

Kebanyakan orang yang lahir di kalangan Gen Z ini membesar melalui zaman penurunan ekonomi yang teruk iaitu pada tahun Disember 2007 sehingga Jun 2009.

Oleh sebab ini juga Gen-Z telah melihat ibu bapa mereka bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak baik dan mahukan pekerjaan yang dapat menjamin masa depan mereka.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh CNBC, 41% Gen-Z telah memberi maklum balas bahawa bekerja di sektor korporat merupakan keutamaan mereka dan mereka percaya bahawa rakan sekerja akan memberi mereka motivasi untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik.

Walaupun mempunyai kemahuan untuk bekerja keras dan bekerja di pejabat yang gah, mereka juga mementingkan pengurusan kesihatan dan kelonggaran dari segi masa dan tempat bekerja. Mereka sangat percaya dengan kehidupan yang seimbang dan mahu membahagi masa dari kehidupan harian dan pekerjaan.

Bagi pihak pengurusan yang sedang mencari pekerja dari kalangan generasi Z ini, memahami cara kerja serta kemampuan mereka untuk melakukan sesuatu perkara adalah perkara yang terbaik. Tidak salah untuk mengubah sedikit budaya kerja sesuatu syarikat untuk mendapatkan hasil yang lebih baik bukan?

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker