Gaya HidupKesihatan

Cara Yang Betul Untuk Menggunakan Kondom

Jangan menghindari topik kondom kerana kontraseptif ini adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mencegah penyakit kelamin (STD) dan kehamilan yang tidak dirancang.

Kondom sering disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan seksual kerana ia adalah cara yang murah dan berkesan untuk mencegah kehamilan yang tidak dirancang dan lebih kritikal mencegah penularan STD.

Kondom datang dalam bentuk yang sesuai dengan zakar lelaki dan dipakai seperti sarung tangan untuk menempatkan air mani yang tidak dikehendaki di dalamnya dan menghalang persentuhan cecair vagina.

Menurut Planned Parenthood, sebuah organisasi kesihatan reproduktif yang terkemuka di Amerika Syarikat, kondom adalah 85% berkesan dalam kehidupan nyata, iaitu 100 wanita yang bersetubuh menggunakan kondom, hanya sekitar 15% akan hamil.

Bagi perlindungan terhadap STD, ujian klinikal dan penyelidikan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, secara konsisten menunjukkan bahawa penggunaan kondom getah sangat berkesan dalam menghentikan patogen daripada disebarkan kepada orang lain melalui seks.

Ciri-ciri biasa kondom

  • Kondom diperbuat dari lateks, plastik atau kulit biri-biri.

Bahan yang paling biasa digunakan untuk kondom adalah lateks. Oleh itu, kondom sering digelar “getah”.

Malangnya, sesetengah orang alah kepada lateks, jadi anda boleh beralih kepada kondom yang terbuat dari polyisoprene atau polyurethane, jenis plastik yang merupakan pengganti yang baik untuk getah asli.

Terdapat juga kondom kulit biri-biri, yang diproses dari usus sebenar anak biri-biri. Mereka boleh mencegah kehamilan, tetapi tidak STD.

  • Sesetengah kondom dilincirkan.

Sesetengah kondom dibungkus dalam paket yang tertutup dan kedap udara untuk mengelakkan pelincir yang digunakan daripada kering.

Pelincir adalah penting untuk mengelakkan kondom daripada koyak dan jika anda memilih kondom yang tidak dilincirkan, anda masih perlu menyapu pelincir yang betul (bukan Vaseline) untuk kegunaan yang lebih selesa.

  • Sesetengah kondom mempunyai spermisida.

Selaras dengan tujuan mencegah kehamilan, pengilang kondom telah mencipta versi yang bersalut dengan spermisida.

Walau bagaimanapun, keberkesanannya dipersoalkan, dan lebih baik untuk berjumpa dengan doktor anda untuk strategi perancangan keluarga yang betul.

  • Sesetengah kondom mempunyai perisa.

Kondom turut hadir dengan pelbagai perisa, termasuk perisa durian! Mungkin, ini adalah gimik untuk menarik pencinta durian untuk mencuba kondom.

Dalam apa jua keadaan, sama seperti kondom yang bercahaya dalam gelap dan banyak jenis kondom baru, baca label untuk memastikan ia dihasilkan oleh jenama kondom terkemuka sebelum membeli.

Perlu diingatkan, tidak semua kondom baru yang terdapat di kedai-kedai seks berkesan terhadap STD.

Cara menggunakan kondom dengan betul

Kondom tidak dijamin 100% berkesan kerana kerosakan boleh berlaku atau tidak digunakan dengan betul. Untuk memaksimumkan penggunaan kondom, berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan:

  • Pastikan anda menggunakan saiz yang tepat.

Kondom yang tepat tidak akan terlucut atau terlalu ketat. Secara umumnya, kondom dijual dalam saiz antara 6.5-8.5 inci (16.5-21.6cm) panjang, serta pelbagai lebar.

Mereka juga sering dikelaskan sebagai kecil, sederhana besar, dan bahkan ekstra besar. Sekiranya anda baru membeli kondom, disyorkan untuk mengukur panjang zakar pasangan anda terlebih dahulu.

Ini bukan perkara yang janggal, kerana membeli saiz yang betul akan menjimatkan wang dan mengelakkan rasa malu.

  • Periksa tarikh luput dan berhati-hati apabila membuka pakej.

Kondom yang hampir dengan tarikh luput akan kehilangan daya tahan dan akan terdedah untuk koyak.

Sekiranya anda menyimpan kondom lebih daripada enam bulan dalam cuaca panas dan lembap, lebih baik sekiranya anda semak sebarang kebocoran dalam pembungkusan.

Berhati-hati ketika membuka bungkusan kondom agar anda tidak menjejaskannya, dan buang jika ia melekit atau koyak.

  • Letakkannya dengan betul.

Kondom mesti digunakan pada zakar yang tegang. Letakkan kondom yang berlipat di bahagian atas zakar dengan hujung zakar menghadap ke atas.

Pastikan gulungan kondom berada di bahagian luar untuk membolehkan anda memasangnya dengan mudah ke seluruh bahagian zakar.

Pegang bahagian hujung kondom untuk tempat pengumpulan air mani dan secara perlahan-lahan, tarik kondom ke seluruh zakar dengan tangan anda yang lain.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker