Isu SemasaTempatan

9% Pelajar Kelas Peralihan Cergas Dalam Hubungan Seks. Ini Rancangan Kementerian..

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendapat namanya pada 15 Februari 2001. Kementerian yang ditubuhkan pada 17 Januari 2001 ini dikenali pada awalnya sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita.

Melalui laman web rasmi kementerian ini, terdapat lima buah agensi di bawah pentadbirannya. Mereka ialah:-

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1946;
2. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang ditubuhkan pada tahun 1966;
3. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang ditubuhkan pada tahun 2001;
4. Institut Sosial Malaysia (ISM) yang ditubuhkan pada tahun 2002; dan
5. Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW) yang ditubuhkan pada tahun 2006.

Kementerian ini kini diterajui oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 21 Mei 2018 sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dibantu oleh Timbalan, YB Hannah Yeoh Tseow Suan yang dilantik pada 2 Julai 2018. Manakala Ketua Setiausahanya ialah YBhg. Datuk Dr. Rose Lena Lazemi yang dilantik pada 9 Julai 2018.  

Melihat kepada sosial media KPWKM, mereka membuka tirai tahun baharu dengan memperkenalkan i-SURI iaitu caruman sukarela KWSP dengan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.  (Insentif_Suri_09082018)

KPWKM yang memperjuangkan hak kesamarataan wanita di setiap peringkat masyarakat, ini juga mahu memberi inspirasi kepada setiap warga Malaysia untuk melakukan kebaikan setiap hari, di samping memberi nasihat dan bantuan yang mana perlu.

Talian Kasih 15999 Untuk Pelbagai Aduan

Dengan kes penderaan kanak-kanak yang semakin kerap kedengaran, KPWKM memandang serius dengan isu ini dan mereka menyarankan orang ramai untuk membuat aduan menerusi Talian Kasih 15999 sekiranya terjadi sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak.

Bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak pula, ini dia senarai semak yang disarankan oleh pihak kementerian sebagai langkah berjaga-jaga sebelum menghantar anak ke pengasuh.

Selain itu, antara langkah kerajaan menangani isu ini juga adalah dengan mengadakan akta kanak-kanak (pindaan) 2016, dasar perlindungan kanak-kanak, penubuhan 149 pusat aktiviti kanak-kanak (PAKK) dan menyediakan 13 buah rumah kanak-kanak sebagai tempat perlindungan.

Isu Pembuangan Bayi Harus Dipandang Serius

Selain daripada melaporkan penderaan, talian Kasih ini juga sebenarnya untuk memberi sebarang aduan melibatkan masalah wanita termasuk isu keselamatan para remaja termasuk kehamilan remaja bagi menangani masalah pembuangan bayi.

Pihak kementerian memandang serius dengan hal ini dan berkongsikan statistik kes pembuangan bayi di laman instagram milik mereka yang memiliki lebih lima ribu pengikut.

Kelas Pendidikan Seks Di Malaysia Bakal Diadakan?

Pada minggu lalu, YB Hannah Yeoh berkata berdasarkan rekod dan statistik, seramai sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks.

Sehubungan itu, beliau sendiri akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching, dalam masa terdekat bagi mengekang masalah terbabit.

“Bagi saya, statistik sembilan peratus pelajar kelas peralihan terbabit dalam hubungan seks bebas adalah satu jumlah yang besar,” katanya selepas merasmikan penutup Forum Kes Penderaan Kanak-Kanak Semakin Meningkat, di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Katanya, kalau kita tidak mengajar kanak-kanak ini mengenai pendidikan seks, mereka akan mengetahuinya melalui segala bentuk laman sosial yang ada pada masa ini dan kalau tak digunakan dengan cara yang betul, dikhuatiri ia akan menghancurkan satu generasi.

“Dalam zaman serba moden ini, remaja seawal usia 13 tahun sudah tahu apa itu seks, namun mereka perlu diberikan maklumat yang betul mengenainya.

“Justeru, pengajaran dalam mata pelajaran pendidikan seks ini amat penting dalam menyampaikan sesuatu perkara yang benar kepada anak-anak kita,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker