AntarabangsaIsu Semasa

Wanita Kini Dibenarkan Berkhidmat Dalam Angkatan Tentera British

Pada bulan Oktober lepas, kerajaan Britain telah membuat pengumuman bahawa kaum wanita akan dibenarkan untuk memohon sebarang jawatan/peranan dalam Angkatan Tentera British, termasuk unit-unit elit seperti Perkhidmatan Khas Udara (SAS).

Menyifatkan keputusan ini sebagai “langkah yang bersejarah”, Setiausaha Pertahanan, Gavin Williamson berkata, wanita yang sudah memulakan perkhidmatan di dalam tentera boleh dipindahkan dengan segera ke dalam infantri.

Bagi rekrut baru pula, mereka boleh membuat permohonan untuk menyertai bahagian-bahagian yang ada seperti Tentera Laut Diraja dan akan diberi latihan asas bermula April 2019.

Selepas tamat latihan tersebut, anggota-anggota wanita berkenaan boleh cuba menyertai unit-unit elit termasuk SAS.

Difahamkan, Britain telah menarik peraturan yang melarang wanita daripada berkhidmat di dalam unit pertempuran jarak dekat pada tahun 2016.

Sejak itu, kerajaan telah membuka peluang untuk wanita di dalam tentera secara berperingkat.

“Mulai hari ini, buat pertama kali dalam sejarah, angkatan tentera kita akan ditentukan dengan kebolehan¬† dan bukan lagi jantina.

“Membuka semua peranan pertempuran kepada wanita bukan sahaja akan menjadikan angkatan tentera sebagai majikan moden, tetapi juga akan memastikan kita merekrut individu yang betul untuk peranan yang betul,” kata Williamson.

Kira-kira 35 orang wanita dilaporkan telah menyertai Royal Armoured Corps sejak larangan penyertaan kaum hawa ditarik, dan segelintir daripada mereka telah dihantar untuk bertugas di Estonia dan Oman.

Sumber: AFP – Reuters

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker