SukanTeknologi

Penipu Dalam PUBG Akan Dikenakan Tindakan Keras

Berikutan penerimaan positif dan pemain yang ramai di dalam permainan battle royale, PUBG (PlayerUnknown’s Battlegrounds), PUBG Corp. akan memastikan pemain yang menggunakan teknik penipuan (cheat) akan diambil tindakan sewajarnya.

Pemain yang didapati melakukan kesalahan ini akan diban dan tidak dibenarkan bermain permainan ini untuk tempoh yang lama.

Menurut laporan Game Informer, PUBG Corp. telah mengenalpasti bahawa pemainan-pemain ini menggunakan radar hacks untuk mengenalpasti lokasi pemain lain di dalam radar dan ini merupakan satu kesalahan.

 “Enam pemain yang menggunakan program tak diiktiraf dalam perlawanan profesional akan dikenakan ban selama tiga tahun. Empat lagi pemain yang guna taktik sama dalam perlawanan umum akan dikenakan ban selama dua tahun,” kata PUBG Corp.

Selain itu, PUBG Corp. akan membuat siasatan latar belakang untuk semua akaun yang ingin mengambil bahagian di dalam kejohanan e-sukan. Mereka yang mempunyai rekod penipuan akan dihalang untuk bertanding.

Pihak PUBG Corp. turut menegaskan sesiapa yang belum menerima penalti tetapi mempunyai rekod penggunaan program tidak diiktiraf akan dihalang menyertai kejohanan rasmi PUBG di masa hadapan.

Namun, jika berlaku penipuan melalui pencerobohan akaun (account hack), pemegang akaun harus mengemukan bukti-bukti yang kukuh agar akaun tersebut tidak dikenakan tindakan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker