Bisnes & EkonomiBudayaGaya Hidup

Anak Muda Yang Bercita-cita Untuk Menarik Minat Kanak-kanak Bermain Gasing

Anak muda berasal dari Felda Tenang di Labis, Johor ini mempunyai misi untuk menjadikan gasing, sebuah permainan tradsional yang pernah terkenal di kalangan kanak-kanak sesuatu ketika dahulu kembali menjadi mainan anak bangsa kita.

Mohd Rizam dengan gasing buatannya. Sumber Imej: heworldnews.net

Mohd Rizam Abd Wahab, 34 tahun berkata kepada Bernama bahawa ia menakutkan apabila ramai kanak-kanak yang belum pernah melihat gasing di depan mata mereka. Apatah lagi bermain dengannya.

Oleh itu Mohd. Rizam mahu menarik minat generasi muda tentang gasing dengan mengikuti festival kraf tangan anjuran negeri dan mengajar mereka.

Ia menakutkan baginya untuk orang sepertinya yang bergantung hidup dengan membuat gasing tidak dapat mencari rezeki melalui gasing. Namun, orang ramai terutamanya generasi muda telah menunjukkan minat mereka terhadap gasing.

“Setelah saya tunjukkan cara bermain gasing kepada kanak-kanak, mereka mula meminatinya dan akan menghabiskan masa berjam-jam bermain dengan gasing,” kata Mohd Rizam ang memulakan perniagaan membuat gasing 9 tahun yang lalu..

Terdapat pelbagai jenis gasing di pasaran tetapi pada asasnya ia diperbuat daripada batang tengah pokok ciku dan juga akar buah kuran.

Sumber Imej: utusan.com.my

Gasing yang terkenal dikalangan lelaki dan terkenal di negeri Kelantan ini biasanya mengambil masa dua hari untuk membuat gasing dengan berat di antara 600-800gram.

Harga gasing yang kecil bermula dari RM5 manakala yang besar bermula dari harga RM50 sehingga RM150.

Sumber Imej : Instagram @yoo_airanni

Kini Mohd Rizam mendapat pelawaan oleh Kraftangan Johor untuk mempromosikan gasing buatannya.

“Saya bangga mengatakan dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini, gasing buatan Malaysia telah berjaya dieksport ke Itali kerana mereka mempunyai permainan yang lebih kurang sama dengan kita.

Maklum balas orang ramai serta sokongan daripada mereka juga sangat positif. Oleh sebab ini juga saya rasa gasing masih mendapat tempat pada masa yang panjang,” jelas Mohd Rizam yang optimis.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button