Hiburan

Selepas 60 Tahun, Barbie Muncul Dengan Filem “Live-Action” Pertama

Pelakon Australia Margot Robbie akan melakonkan peranan anak patung ikonik dari Mattel, Barbie dalam filem “live-action” pertama mainan terbabit yang diterbitkan secara bersama oleh Mattel dan Warner Bros.

Barbie, yang akan menyambut hari jadi ke-60 tahun ini, telah menjadi subjek utama untuk berpuluh-puluh filem animasi tetapi ia tidak pernah ditayangkan di panggung wayang.

Filem “live-action” ini akan menjadi yang pertama dari studio baru pengeluar mainan Mattel Films, dan dihasilkan bersama syarikat produksi Robbie, LuckyChap Entertainment.

Image result for barbie 60 years

“Selama hampir 60 tahun, Barbie telah memberi impak kepada kanak-kanak untuk membayangkan diri mereka sebagai watak yang beraspirasi seperti watak seorang puteri hinggalah presiden,” kata Robbie, menurut satu kenyataan.

Dilancarkan pada bulan Mac 1959, watak Barbara Millicent Roberts adalah dari bandar fiksyen Willow, Wisconsin.

Teman lelaki beliau, Ken, diperkenalkan oleh Mattel pada tahun 1961 dan kakaknya, Skipper, pada tahun 1964. Syarikat itu telah mengeluarkan beratus-ratus aksesori fesyen dan gaya hidup untuk jenama itu.

Image result for margot robbie barbie
Margot Robbie

Walaupun Mattel pernah mengeluarkan patung Barbie dalam pelbagai versi yang berlainan dengan pelbagai warna mata, gaya rambut, warna kulit dan lebih baru-baru ini, jenis badan yang lebih pelbagai, pelakon yang menggambarkan Barbie untuk debut layar peraknya akan menyerupai Barbie dari versi yang pertama dengan rambut berwarna blonde dan bermata biru.

“Saya amat berbesar hati untuk mengambil peranan ini dan menghasilkan sebuah filem yang saya percaya akan memberi impak positif kepada kanak-kanak dan penonton di seluruh dunia,” kata Robbie.

Robbie, 28, telah membintangi filem-filem pecah panggung termasuk “Suicide Squad” pada tahun 2016 dan “I, Tonya” pada tahun 2017 di mana filem itu melayakkannya dicalon sebagai pelakon terbaik Oscar.

Image result for barbie 60 years

Projek baru ini menunjukkan cita-cita CEO baru Mattel, Ynon Kreiz, yang mengetuai syarikat itu pada April 2018.

Kreiz sedang berusaha untuk menghidupkan semula sebuah syarikat yang telah menerima saingan sengit dari permainan video yang mana telah menarik perhatian kanak-kanak dari permainan tradisional seperti anak patung.

Tetapi tahun 2018 adalah tahun yang baik untuk Barbie, kerana jualan meningkat 15 peratus berbanding sembilan bulan pertama tahun ini kepada US$698 juta.

Secara keseluruhan, lebih daripada satu bilion anak patung Barbie telah dijual dalam 60 tahun sejak mula dijual di New York pada 1959.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button