BudayaGaya HidupIsu SemasaTempatan

“Saya Tidak Bangga Menjadi Tular, Tapi….”

Tidak pernah terlintas di fikiran Mohd Syukur Khamis bahawa sesuatu yang normal kepadanya akan menjadi tular di media sosial dan bahkan memberi tuah kepada seorang jurugambar di peringkat global.

Hubungan erat dan kecintaan Mohd Syukur, 14, terhadap kerbau peliharaan bapanya menjadi viral dan mendapat pujiaan dari netizen, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dr Zulkifli berkata beliau kagum dengan ikatan Mohd Syukur yang dikongsi bersama dengan binatang yang digambarkan sebagai sesuatu yang ikhlas.

Image result for budak kerbau

Gambar-gambar viral pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin diambil oleh jurufoto “Dollah Deen Photography” dari Kelantan, serta Mohd Nazri Sulaiman, dari Terengganu.

Keistimewaan salah satu gambar yang ditangkap membawa tuah kepada Mohd Nazri apabila memenangi anugerah Jurugambar Jalanan / Rakyat Terbaik di Anugerah Geografik Asia – Imej Asia 2018, serta Anugerah Terbaik di Anugerah Fotografi Antarabangsa Siena 2018 di Itali.

Mohd Syukur berkata sejak berusia empat tahun, dia telah mengikuti ayahnya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk.

Ini menyebabkan Syukur berjaya mengembangkan kemahiran untuk berhubung dengan haiwan peliharaan terbabit.

Malah, ia kelihatan seolah-olah haiwan-haiwan itu mematuhi perintahnya sekaligus menjadikan proses fotografi berjalan dengan lebih mudah.

Image result for budak kerbau

Mohd Syukur yang turut digelar Budak Kerbau, Budak Koboi dan Mowgli Malaysia, berkata dia tidak takut dengan kerbau dan menganggap mereka sebagai kawannya.

“Sesetengah orang berfikir saya mempunyai daya tarikan untuk membuat haiwan ini mendengar kata-kata saya. Mungkin kerana saya telah biasa dengan haiwan ini sejak kecil, jadi mereka kenal siapa saya dan mendengar arahan saya.

“Saya bukan hanya baik dengan kerbau, saya juga rapat dengan lembu, kambing dan angsa yang dibela oleh ayah saya,” katanya.

“Bagi sesi fotografi, jurugambar sering memilih kerbau kerana kami mempunyai lebih daripada 100 ekor kerbau,” ujarnya lagi.

Related image

Mempunyai hubungan yang dekat dengan haiwan menyebabkan Mohd Syukur menamakan beberapa daripada mereka.

“Awang, Wahab, Saat, Boy” adalah antara nama yang dipilihnya dan haiwan-haiwan ini akan bergaul dengannya seperti manusia kerana ada juga yang tidur di sebelahnya.

“Saat si kambing rapat dengan saya. Setelah tiga hari dilahirkan, ibunya mati dan saya yang memberi susu kepadanya setiap hari dan menjaganya. Kadang-kadang, saya akan bawa dia ke rumah untuk tidur dengan saya.

“Kerbau yang paling dekat dengan saya ialah Awang, dan Awang juga yang paling banyak menjadi rakan saya dalam sesi fotografi, tetapi Awang telah mati,” kata Mohd Syukur.

Image result for budak kerbauMohd Syukur telah menarik jurugambar dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan India sejak 2016.

Anak bongsu dari lapan beradik itu berkata walaupun menjadi tarikan jurugambar, keluarganya tidak pernah menetapkan apa-apa bentuk pembayaran. Mereka gembira dapat berkongsi kegembiraan apabila seorang jurugambar memenangi anugerah untuk gambar yang mereka ambil dari Mohd Syukur dan haiwan kesayangannya.

“Sesetengah fotografer akan memberi upah dan saya terima. Tetapi jika mereka tidak melakukannya, saya masih rasa bersyukur dengan kemahiran yang saya ada. Setakat ini, saya telah mengumpulkan kira-kira RM1,000 dari tip yang diberi dan saya sangat bersyukur.

“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah, “katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker