Isu SemasaSains

Rumput Dijadikan ‘Straw’ Minuman Pada Satu Ketika Dahulu?

5 fakta tentang ‘straw’ minuman yang mungkin anda tidak tahu

 

1. Penyedut minuman merupakan antara peralatan makan yang paling tua di dunia.

Penyedut minuman tertua pernah ditemui. Ia digunakan oleh orang Sumeria pada satu masa dahulu. Sumber Gambar : glassstraws.com.au

2. Ryegrass iaitu sejenis rumput merupakan bahan asas yang digunakan untuk menjadi penyedut minuman pada zaman moden kerana ia murah dan lembut. Walau bagaimanapun, ia telah diganti dengan plastik pada tahun 1960an.

Marvin C. Stone merupakan orang pertama yang mendapatkan paten untuk penyedut minuman moden dan diperbuat oleh kertas pada tahun 1888 untuk menggantikan straw daripada ryegrass.

3. Penyedut minuman dikatakan mampu mencegah kerosakan gigi kerana asid yang terkandung di dalam minuman berkarbonat akan terus ke tekak dan tidak melalui gigi.

Penyedut minuman yang diperbuat oleh ryegrass

4. Pada masa kini penyedut minuman plastik telah menjadi musuh kepada alam sekitar dan menjadi ancaman kepada kehidupan marin. Mereka mengambil masa 200 tahun untuk terurai dan merupakan antara sampah yang paling banyak ditemui di laut.

Penyedut minuman yang tersekat dalam hidung penyu terpaksa dikeluarkan menggunakan playar

5. Bermula 1 Januari 2019, kerajaan Malaysia telah mengharamkan penggunaan penyedut plastik di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Mana-mana perniagaan yang tidak mematuhi arahan ini, lesen perniagaan mereka akan ditarik balik.

McDonald di Malaysia sudah pun melancarkan kempen untuk tidak menyediakan penyedut minuman plastik bermula Ogos 2018.
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker