AntarabangsaIsu Semasa

PRK Cameron Highlands: Bekas Pegawai Polis Mewakili BN, Bukan Parti Komponen

Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk menempatkan bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Noor dari suku kaum Semai orang asli sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Difahamkan, Ramli merupakan calon BN yang pertama dari kalangan komuniti orang asli, dan beliau yang amat dikenali dalam kalangan penduduk di Cameron Highlands.

Ramli juga akan mewakili BN secara menyeluruh dan bukan mana-mana parti komponen di dalam gabungan tersebut.

Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menamakan Ramli sebagai calon PRK kali ni adalah peralihan daripada tradisi BN yang sebelum ini menempatkan calon dari kalangan parti-parti komponennya.

Sebelum ini juga, kerusi Parlimen Cameron Highlands telah dikhaskan untuk MIC.

“Kami berterima kasih kepada MIC di atas keluhuran budi mereka untuk tidak bertanding kerusi tersebut dan membolehkan kami mengemukakan seorang calon Barisan.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana tidak bertanding,” kata Mohamad.

Ujar Mohamad lagi, Ramli tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini dan beliau mempunyai ramai saudara-mara dalam kalangan komuniti orang asli di Cameron Highlands.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga adalah bendahari Persatuan Orang Asli Malaysia (POASM).

Memetik laporan media tempatan, Ramli pernah berkhidmat sebagai pegawai polis di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.

Kali terakhir perkhidmatan beliau adalah di Unit Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Aman.

Pada PRK Cameron Highlands yang akan berlangsung pada 26 Januari tidak lama lagi, beliau akan menentang M.Manogaran daripada DAP (Pakatan Harapan) dan presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas.

Parlimen Cameron Highlands mempunyai 32,009 orang pengundi berdaftar.

Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) menyifatkan PRK ini sebagai “pertandingan cukup menarik dan mencabar”, memandangkan Pakatan Harapan (PH) dan BN mempunyai peluang yang agak seimbang.

Menurut beliau, langkah BN memilih Orang Asli sebagai calon memberi satu kelebihan buat gabungan itu, dengan peratus nisbah untuk menang antara BN dan PH 51:49.

 

“Kita lihat pertandingan begitu mencabar. Dengan perbezaan kecil nisbah ini, saya kira BN boleh gerakkan lagi jentera.

“Namun harus diingat, PH adalah kerajaan di peringkat persekutuan, yang mempunyai pelbagai jentera.

“(Dari aspek pengundi) apabila undi kaum India pecah saja, PH boleh menang. Undi Melayu pecah, BN kalah teruk. Kita kena akur UMNO, MCA, MIC (sudah) tak kuat,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengakui bahawa undi kaum Cina adalah kukuh kepada PH.

 

Sumber: The Star, BHarian

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker