Isu SemasaPolitikTempatan

Apa Kelebihan Yang Ada Pada Anwar?

Dalam satu temubual di Singapura baru-baru ini, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) menggariskan beberapa sebab mengapa Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon yang terbaik untuk menjadi pengganti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pertama, jika beliau tidak menjadi perdana menteri, kita tidak akan mendengar penghujungnya. Dia tidak boleh ke hadapan dan kita juga tidak boleh ke hadapan,” kata beliau.

Kemudian, Khairy berkata bahawa Anwar mempunyai kelebihan untuk menyatukan Malaysia yang semakin berpecah akibat politik perkauman, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP).

Ujar beliau, perkara ini disebabkan kemampuan Anwar untuk menjadi daya tarikan kepada rakyat Malaysia berbilang kaum walaupun ditengah-tengah peningkatan politik identiti di negara yang mempunyai majoriti penduduk Muslim tersebut.

Tambah Khairy, ini adalah satu “kelebihan” yang hanya ada pada Anwar dan bukan orang lain.

“Anwar bercakap bahasa moden dan bercakap bahasa tradisi, khususnya apabila bercakap mengenai Islam dan juga identiti Melayu.

“Selagi politik identiti kekal sebagai penanda penting dalam politik Malaysia…..Saya rasa Anwar adalah satu-satunya individu di dalam Pakatan Harapan (PH) yang mampu bergerak keliling politik identiti dan menghalangnya daripada menjadi sesuatu yang lebih buruk,” jelas bekas Menteri Belia & Sukan itu.

Apabila disoal tentang sekiranya Tun Daim Zainuddin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali adalah antara individu yang cuba menggagalkan usaha Anwar menjadi Perdana Menteri, Khairy mengakui terdapat banyak khabar mengenai mereka di keliling Dr Mahathir yang tidak selesa dengan Anwar.

 

Sumber: NST

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker