Gaya HidupKesihatan

4 Cara Mudah Ini Boleh Merealisasikan Azam 2019 Anda Untuk Kekal Sihat

Kebanyakan orang terutamanya wanita pasti azam tahun baharu mereka ialah untuk kuruskan badan. Namun peratusan untuk mencapainya hanyalah segelintir sahaja. Jadi apa kata kita tukar azam kurus itu untuk kekal sihat dengan empat cara mudah ini.

1. Ganti karbohidrat anda tiga hari dalam seminggu

Tidak salah untuk makan nasi atau mi dalam diet harian anda tapi cuba gantikan tiga hari dalam seminggu dengan karbohidrat yang lebih sihat seperti beras bijirin penuh atau quinoa.

Quinoa bersama udang

Ambil hari Isnin, Rabu dan Jumaat contohnya untuk makan makanan karbohidrat yang sihat ini . Ia boleh membantu tubuh badan anda untuk menghadam makanan sihat ini dengan lebih lambat maka ia dapat mengurangkan kemahuan untuk makanan manis setelah makan.

2. Beri peringatan kepada diri anda bahawa anda juga mempunyai kelebihan tersendiri

Dengan mengikut para selebriti media sosial yang sering memaparkan kehidupan baik orang lain, adakalanya anda akan terasa sedih mengapa kehidupan anda tidak sehebat mereka dan kemungkinan membuat anda murung tanpa sedar. 

Oleh itu tulislah di atas kertas tiga perkara baik tentang diri anda. Contohnya anda seorang yang pemaaf atau anda seroang yang sering membantu orang terutamanya jiran sebelah rumah.

Jika ada masanya anda rasa sedih atau kecewa dengan diri sendiri, cuba semak kembali senarai tersebut. Anda sebenarnya tidaklah seteruk mana.

3. Sentiasa minum air

Dengan cuaca panas di Malaysia ini kita sering tidak memandang serius bahawa tubuh kita perlu lebih banyak air untuk kekal aktif dan sihat.

Jika tidak percaya, cuba untuk minum air kosong lebih dari sekadar melepaskan dahaga di tekak. Anda pasti akan  terasa lebih bertenaga.

Lupakanlah air soda yang mempunyai 40g gula di dalamnya dan juga minuman bertenaga kerana sebenarnya air kosong sudah mencukupi untuk badan anda.

Walau bagaimanapun, jika anda teringin untuk minum air soda setelah lama tidak mencicipinya sudah tentu anda boleh lakukannya tapi ingatlah bahawa semua orang hanya digalakkan untuk mengambil 25g gula sehari.

4. Lepak & ketawa bersama rakan-rakan

Jika anda sudah menjadi seorang suri rumah atau sibuk dengan hal kerja dan sering balik lewat, cuba ingat kembali bila kali terakhir anda lepak bersama rakan-rakan anda?

Ia kelihatan seperti perkara remeh bagi yang bujang yang sering dikelilingi rakan tetapi bagi yang sudah berkeluarga, luangkanlah masa bersama rakan-rakan anda untuk gelak ketawa bersama.

Pastikan ia berlaku bukan hanya sekadar di WhatsApp atau Facebook dan laman media sosial yang lain. Bertemulah rakan anda di kedai mamak sekurang-kurangnya untuk segelas teh ais!

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker