Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Suka buat Kek? Manfaat “Baking”

Orang yang gemar membuat kek akan menggunakan apa-apa alasan untuk memanaskan ketuhar mereka. Mereka membakar kek untuk hari jadi seseorang, bersusah-payah membuat cookies untuk meraikan percutian, dan menghasilkan brownie kerana semua orang suka coklat.

Tetapi, aktiviti ini adalah lebih daripada membuat sesuatu yang manis untuk dimakan. Baking, terutama apabila ia dilakukan untuk orang lain, dapat disertai dengan banyak manfaat psikologi.

“Baking” atau menghasilkan sesutu makanan yang dibakar menggunakan ketuhar, adalah satu bentuk ekspresi diri dan komunikasi yang produktif.

“Ia mempunyai manfaat untuk membolehkan orang berekspresi secara kreatif,” profesor ilmu psikologi dan otak di Universiti Boston, Donna Pincus, memberitahu HuffPost.

“Terdapat banyak hubungan antara ekspresi kreatif dan kesejahteraan hidup. Sama ada melukis atau membuat muzik atau membuat kuih, ia dapat melegakan stress dan menjadi cara untuk mengekspresikan diri mereka.”

Tekanan berkait dengan pelbagai masalah mental dan fizikal, dan mencari cara untuk mengatasi stres adalah penting untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Apabila “baking” untuk orang lain, ia juga boleh menjadi cara yang berguna untuk menyampaikan perasaan seseorang. Susan Whitbourne, profesor sains psikologi dan otak di University of Massachusetts, merujuk kepada norma budaya membawa makanan kepada seseorang apabila berlaku kematian.

Kadang-kadang tiada kata yang diluahkan dan hanya makanan yang boleh menyampaikan apa yang anda cuba katakan. Beliau memberitahu HuffPost, “Ia boleh membantu orang yang mengalami kesukaran untuk menyatakan perasaan mereka dengan kata-kata untuk menunjukkan terima kasih, penghargaan atau simpati.”

Seperti meditasi, “baking” juga boleh meningkatkan kebahagiaan dan mengurangkan stress. “Membuat kuih sebenarnya memerlukan banyak perhatian. Anda perlu mengukur, fokus secara fizikal untuk menghasilkan doh. Dan aktiviti ini akan mengurangkan stress,” jelas Pincus.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat membantu meredakan kehadiran pemikiran yang sedih. John Whaite, tukang roti yang memenangi “The Great British Bake Off” pada tahun 2012, secara umum mengatakan bahawa baking telah menjadi bantuan baginya untuk menangani kemurungan.

Walaupun proses membakar boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup, memberi hasil masakan kepada orang lain sebaliknya menimbulkan rasa yang lebih tinggi.

“Membakar untuk orang lain dapat meningkatkan kesejahteraan, menyumbang kepada kelegaan tekanan dan membuat anda merasa seperti melakukan sesuatu yang baik untuk dunia, yang mungkin meningkatkan makna hidup dan hubungan dengan orang lain,” kata Pincus kepada HuffPost.

Berkongsi hasil masakan dengan niat yang baik adalah satu bentuk altruism. Ia adalah pengorbanan yang anda buat untuk orang lain dan faedah perbuatan berperikemanusiaan ini telah banyak dikaji dan ditulis.

Tetapi “ada juga nilai simbolik dalam aktiviti ini untuk orang lain kerana makanan mempunyai kepentingan fizikal dan emosional,” kata Whitbourne.

“Kebanyakan faedah akan berlaku apabila anda melakukannya secara ikhlas dan bukan untuk mendapatkan perhatian orang lain. Selagi anda mempunyai minat untuk membakar, manfaat psikologi terbabit akan anda nikmati. “

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker