Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Ini Sebabnya Anda Perlu Pastikan Buku Cerita Pilihan Anak Anda

Pernahkah anda terfikir kenapa kanak-kanak lelaki boleh meminati kereta, superhero manakala kanak-kanak perempuan akan cenderung menggemari warna pink dan anak patung?

Sebuah kajian telah mendapati bahawa perkara ini terjadi akibat pengaruh cerita yang mereka baca, dengar dan lihat.

Cerita kanak-kanak bukan sekadar cerita biasa

Menurut Peggy Albers, seorang profesor di Georgia State Universiti, Amerika Syarikat, cerita yang kanak-kanak baca bukan hanya mengembangkan pemahaman kanak-kanak tetapi ia membentuk nilai-nilai, kepercayaan, kelakuan dan keadaan sosial yang biasa dilalui sehingga ia menyebabkan persepsi kanak-kanak ini menjadi realiti.

Kajian yang dilakukan 80 tahun lalu oleh Louise Rosenblatt telah melihat bahawa kita akan memahami diri sendiri melalui watak di dalam sesebuah cerita.

Ini kerana dalam tidak sedar, pembaca akan lebih memahami bagaimana penulis dan watak yang diciptanya berfikir sehingga pembaca akan berkelakuan seperti watak tersebut.

Kathy Short, sebuah pakar dalam sastera kanak-kanak juga telah mendapati perkara sama – kanak-kanak akan belajar melalui perspektif kritikal yang ditonjolkan dalam sesebuah cerita.

Ini kerana cerita kanak-kanak selalunya akan melahirkan sifat empati dan memupuk imaginasi dan pemikiran yang boleh menjana idea dan penyelesaian yang pelbagai.

Impak kepada cerita ini telah menunjukkan kesan perkembangan terhadap kanak-kanak sebelum mereka berusia lima tahun. Kajian juga telah mendapati kanak-kanak mampu melihat perspektif kehidupan setiap individu dari segi jantina dan juga kaum.

Kanak-kanak membaca secara visual sebelum boleh bercakap

Seorang penulis novel John Berger mencadangkan bahawa kanak-kanak di awal peringkat umur mereka boleh mengenal corak dan membaca dunia mereka secara visual sebelum mereka belajar bercakap, menulis dan membaca cetakan. Malah, cerita-cerita yang mereka lihat dan baca ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk kelakuan dan cara pemikiran mereka.

Hilary Janks, seorang cendekiawan juga telah mendapati bahawa perkara ini terjadi bukan sehaja melalui pembacaan tetapi melalui imej atau gambar yang mereka lihat.

Pengaruh pembacaan boleh mengubah komuniti

Kathy Short telah melakukan kajiannya kesan penulisan hak asasi manusia ke atas 200 kanak-kanak dari sekolah tadika sehingga darjah lima. Beliau mendapati bahawa cerita ini telah mempengaruhi kanak-kanak ini sehingga membolehkan mereka berfikir untuk mengubah komuniti dan sekolah mereka.

Mereka sangat terpengaruh dengan cerita aktivis kanak-kanak bernama Iqbal Masih yang telah berkempen untuk melawan buruh paksa kanak-kanak tetapi dibunuh pada usia 12 tahun. 

Mereka telah membaca kisah-kisah seperti ini di samping membaca tentang pencabulan hak asasi manusia dan kekurangan makanan di beberapa bahagian di dunia sehingga termotivasi untuk menyokong bank makanan di komuniti tempatan mereka.

Ini telah membuktikan bahawa melalui pembacaan, mereka belajar melihat perspektif lain daripada perkara yang berada di sekeliling mereka.

Oleh sebab ini juga jika mereka terdedah kepada perkara negatif seperti perkauman, kebencian terhadap sesuatu agama dan sebagainya boleh melahirkan masyarakat negatif dan tidak sihat secara rohani.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker