Sukan

Akhyar Kini Milik JDT Bukannya PFA Tapi Anda Perlu Dapatkan Ini Jika Anda Peminat Tegar Singa Utara

Episod perbalahan di antara JDT dan KFA yang berebut untuk memiliki penyerang kebangsaan Akhyar Rashid dan dilihat PFA juga cuba menyelit dengan khabar perpindahan Akhyar PFA akhirnya telah terurai apabila pemain berusia 19 tahun itu secara rasmi menjadi pemain Harimau Selatan pada akhir Disember yang lalu.

Menurut laman Bharian, pelbagai reaksi di lama sosial telah timbul akibat perpindahannya. Namun setelah berdiam selama lebih seminggu Akhyar akhirnya berkongsi posting di Instagram miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada bekas pasukannya Kedah.

Sementara itu, dalam satu video berasingan dimuat naik dalam laman Kedah Media Hub @langhijaukuning, penyokong pasukan utara itu mencipta lagu buat Akhyar yang mengecam klausa tebus kontrak bernilai RM12 juta bersama JDT.

Selain lagu di tepi padang itu, penyokong Kedah turut memulakan usaha untuk ‘unfollow’ Akhyar dalam semua platform media sosial .

Walau bagaimanapun laman itu telahpun memohon maaf atas tindakan mereka dan memberi kata selamat jalan untuk pemain muda tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Untuk kes akhyar ni, biar KFA yg uruskan . Kita doakan yg baik2 utk ketiga2 pihak (JDT, Kedah, FAM) . Perginya beliau meninggalkan kedah tak tergugat pon kemampuan Kedah utk perbaiki prestasi yg terbaik atas bimbingan coach @a_i_d_i_l_s_h_a_r_i_n . Ramai lagi player2 yg power bersama kedah weyh utk season 2019, Kedah yakin boleh celen kelab2 besar yg lain #lookingfoward #moveonforward . Ramai lagi bakat2 yg akan menyinar bersama Kedah utk 2019 . Good luck utk semua… @akhyarrashid . Maaf dr pihak kami andai ada yg terasa hati, kami pon pernah juga terasa hati mcm hmpa🙏🏼💝🔰 . @akhyarrashid all the best for the new team 🔰🔵🔴💪🏼 #bintabgmudakedahbermainkelabjdt #biarjasajadikenangan #playwithyourheart

A post shared by Kedah Media Hub || IG Live (@langhijaukuning) on

Bagi pihak KFA, mereka masih melahirkan hasrat untuk merayu kes perbalahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenarkan Akhyar menebus kontraknya dengan mereka sebanyak RM210,000 dan wang pampasan RM75,000 ditolak.

Dalam pada itu, PFA yang dikaitkan dengan perpindahan Akhyar itu berpuas hati dengan kemasukan bekas pemain kebangsaan Malaysia ke skuad mereka.

Antara pemain yang akan membantu skuad Singa Utara itu dalam mencapai kejayaan musim depan antaranya Safee Sali, Badri Razi, Khyril Muhymeen dan juga Amirizdwan Taj.

Selain itu dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dengan bangganya mengumumkan Matt Holland sebagai Pengarah Bola Sepak Perlis FA yang baharu.

 Beliau merupakan bekas pemain akademi Swansea City FC ini yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak di seluruh dunia dengan kerjaya yang cemerlang di Eropah, Amerika Syarikat, India, Thailand, Australia dan Malaysia.
Beliau yang memiliki lesen kejurulatihan ‘AFC Pro License’ ini diharapkan dapat membantu pasukan Perlis Northern Lions memperoleh keputusan yang baik dalam kempen Liga Malaysia 2019.
Image

 

Dan bagi penyokong setia kelab Northern Lions, anda boleh mendapatkan kad keahlian dengan harga RM50 beserta RM10 bagi kos penghantaran kad tersebut.</

p>

Ianya terhad kepada 3,000 keping dan bagi pemegang kad tersebut, anda boleh mendapatkan porongan harga untuk membeli tiket perlawanan tumpuan, diskaun bagi produk dan perkhidmatan penaja-penaja Perlis Northern Lions serta diskaun bagi barangan rasmi Perlis Northern Lions.

Lebih menarik lagi pemegang kad tersebut juga secara automatik akan mendapat insurans kemalangan peribadi.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker