SukanTeknologi

Putrajaya Bakal Jadi Hab E-Sukan

Perkembangan e-sukan di Malaysia kini diteruskan dengan perancangan agar sukan ini dapat diperkembangan dalam kaedah yang lebih sistematik.

Bagi menyahut sokongan terhadap sukan ini, Putrajaya juga turut dalam perancangan menjadikan bandar tersebut sebagai salah satu hab e-sukan bagi golongan belia pada pertengahan tahun 2019.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, perbincangan dengan pakar dalam bidang berkenaan sedang dilaksanakan untuk tujuan itu.

Lokasi stratgik, jenis permainan, serta latihan yang akan diperkenalkan kelak merupakan antara yang dibincangkan dalam perancangan ini.

“Kita mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa Putrajaya ini hanya untuk penjawat awam dan segala kemudahan hanya untuk mereka.

“Idea ini muncul selepas e-games di Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) mendapat sambutan golongan belia,” jelas Datuk Dr. Aminuddin.

Antara lokasi-lokasi yang dikenalpasti untuk dijadikan hub sedang dipertimbangkan dan akan dijenamakan sebagai ‘Youth Centre by The Youth’.

Taman Cabaran merupakan salah lokasi yang dirancang akan dijadikan lokasi tumpuan anak muda bagi menjayakan program-program e-sukan yang akan datang.

Pelbagai perancangan giat dijalankan dalam perkembangan e-sukan di Malaysia lebih-lebih lagi sukan ini bakal dipertandingan di sukan-sukan besar seperti Sukan Olimpik dan juga Sukan SEA.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker