Bisnes & Ekonomi

Matrade: Untuk Peniaga Tempatan Menembusi Pasaran Antarabangsa

Matrade merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang diberi mandat untuk menggalakkan perdagangan Malaysia ke paras antarabangsa menerusi pembangunan para pengeksport dan aktiviti promosi.

Matrade yang kini berusia 25 tahun mempunyai sejarahnya tersendiri.

Idea yang wujud daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir tahun 1970an semasa beliau pertama kali dilantik memasuki menteri kabinet dengan jawatan timbalan perdana menteri dan menteri perdagangan dan industri kini dilihat dapat membantu melonjakkan lagi pasaran tempatan ke peringkat antarabangsa.

Perjalanan Matrade dari sebuah unit kecil ke global

Pada tahun 1980, sebuah unit kecil di bawah Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri telah ditubuhkan dan dikenali sebagai Pusat Perdagangan Eksport Malaysia (MEXPO).

Ini telah membuka jalan kepada Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam pelan strategik dan pergerakan taktikal untuk memberi sokongan kepada perniagaan tempatan bagi menjelajah peluang di pasaran global.

Ini kemudiannya menyebabkan terjadinya enakmen Akta Matrade 1992 dan pertubuhan Matrade pada tahun 1993.

Idea dan peranan Matrade

Idea disebalik penubuhan Matrade ialah untuk mempunyai agensi yang memberikan sistem informasi perdagangan yang komprehensif bagi membantuk syarikat Malaysia menjual kepada pasaran yang berkaitan dengan mereka.

Mereka akan mengumpulkan data seperti kemahuan pembeli, peraturan dan pengawalan, trend perniagaan dan informasi kuantitatif dan kualitatif yang lain untuk membantu syarikat tempatan melancarkan strategi bagi menembusi pasaran. Di samping itu, mereka juga mengawal selia aktiviti pesaing di dalam pasaran.

Namun begitu, persoalannya ialah bagaimana Matrade boleh mendapatkan semua maklumat ini?

Matrade memiliki pejabat di pelbagai negara. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan oleh syarikat Malaysia dan sebaliknya.

Kini Matrade mempunyai 46 syarikat perdagangan di pelbagai ibu kota di seluruh dunia. 

Pejabat-pejabat imi membantu untuk mengumpulkan maklumat, analisis pasaran dan mencari pembeli berpotensi untuk memasarkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pejabat Matrade ini tidak hanya memberi peluang kepada syarikat untuk mendapatkan perspektif ke atas masa depan pasaran tetapi ia memainkan peranan lebih dari sekadar itu.

Kemudahan Matrade Untuk Para Peniaga

Matrade memberi kemudahan untuk memudahkan pembidaan projek melalui penglibatan peribadi, mewakili pemain industri tempatan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan Malaysia.

Selain itu, mereka juga menjadi tempat di mana syarikat tempatan boleh membuat aduan dan memeriksa latar belakang sesebuah syarikat atau pembeli di pasaran.

Matrade juga bekerjasama dengan diaspora Malaysia bagi menggalakkan lagi perhubungan di antara syarikat-syarikat tempatan di samping mengadakan mesyuarat perundingan dengan MITI dan agensi lain untuk isu perdagangan dan Perjanjian Perdagangan Bebas serta memberitahu para pelabur tempatan tentang peluang pelaburan di serata dunia.

Adakah para syarikat perlu membayar Matrade untuk perkhidmatan yang mereka sediakan seperti yang dinyatakan di atas?

Jawapannya ialah tidak.

Usaha Matrade telah melihat produk eksport Malaysia tumbuh dengan baik dan kini perdangan Malaysia telah memiliki lebih 234 pasaran.

Berdasarkan Organisasi Perdagangan Dunia, Malaysia berada di tangga ke-25 dalam pengeksportan dan perdagangan manakala manakala dalam industri import, Malaysia berada di tangga ke-26.

Dengan populasi negara kita hanya terdiri daripada 32 juta dan kita dapat menyalurkan pelbagai usaha terdapat pasaran-pasaran ini, ia merupakan sesuatu yang harus dibanggakan.

Masa depan para peniaga bersama Matrade

Pada situasi perdagangan masa kini, e-dagang merupakan sebuah jentera yang hebat untuk membantu para pedagang kecil menjadi sebahagian daripada arena perdagangan antarabangsa dengan mempunyai saluran kepada pembeli.

Matrade bersama-sama agensi kerajaan lain menggalakkan e-dagang kepada PKS dengan mengadakan program bernama eTrade Programme.

Ia sebuah program untuk membantu SME bersedia menghadapi ruang dan peluang dalam industri revolusi yang akan datang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker