Isu SemasaTempatan

ESSCOM Keluarkan Senarai Terkini Individu-Individu Dikehendaki

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada Ahad telah mengeluarkan senarai terkini individu-individu dikehendaki yang disyaki terlibat dalam jenayah rentas sempadan di kawasan pantai timur Sabah.

Senarai tersebut mengandungi nama 18 individu yang terdiri daripada warga asing, di mana 7 daripadanya adalah suspek-suspek baru.

Memetik laporan New Straits Times, tujuh individu tersebut adalah:

1. Salip Mura

2. Sibih Pisih

3. Titing Alihasan @ Iyot Panday

4. Roger Saji

5. Long Sahirin

6. Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw

7. Ben Tatoh

Senarai suspek pengganas yang dikemaskini – Sumber: New Straits Times

Difahamkan, tujuh individu berkenaan adalah ketua-ketua kumpulan pengganas Filipina, Abu Sayyaf yang aktif dalam menjalankan kegiatan penculikan untuk tebusan.

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang mencari kesemua 18 suspek berkenaan bagi membantu siasatan pasukan keselamatan ke atas beberapa kes jenayah yang berlaku pada tahun lepas.

“Kita mengeluarkan senarai baru yang dikemaskini selepas mendapatkan pengesahan pihak berkuasa Filipina.

“Kita juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat tentang individu-individu yang dikehendaki ini untuk menyalurkan maklumat kepada Esscom, agar kita boleh mengambil tindakan segera,” katanya.

Sementara itu, Idang Susukan @ Abu Jihad, dipercayai menjadi individu yang memenggal kepala seorang rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen.

Hazani berkata sejak tahun 2016, Esscom telah mengeluarkan senarai individu yang dikehendaki untuk 45 suspek.

29 nama suspek daripada senarai itu telah dibuang selepas mendapat pengesahan bahawa mereka sudah ditangkap oleh pihak berkuasa Filipina, atau pun meninggal dunia.

Sekiranya mempunyai maklumat mengenai suspek-suspek di dalam senarai itu, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Esscom di talian 089-963181 atau WhatsApp ke nombor 019-2305909.

Sumber: New Straits Times

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker