Hiburan

Dituduh Gay, Tayangan Dokumentari BTS Diharamkan di Rusia

Kumpulan anti-gay Rusia telah mengharamkan tayangan perdana dokumentari mengenai band popular dari Korea Selatan, BTS.

Band Korea yang juga dikenali sebagai Bangtan Boys itu telah berkempen untuk menayangkan filem “BTS World Tour: Love Yourself “ supaya dipaparkan di seluruh Rusia.

Dokumentari terbabit merangkumi konsert BTS pada 2018 yang berlangsung pada 25 dan 26 Ogos di Stadium Olimpik Seoul di Korea Selatan. Ia ditetapkan untuk tayangan perdana di seluruh dunia pada 26 Januari, termasuk di beberapa bandar Rusia.

Dokumentari itu akan disiarkan di sebuah panggung wayang di kota Makhachkala di Dagestan, di wilayah Caucasus Utara di Rusia.

Walaupun pihak pawagam mula menjual tiket pada 20 Disember lalu, ahli kumpulan anti-gay mula membantah tayangan filem berkenaan di media sosial.

Cinema Hall, pawagam di mana filem itu ditetapkan untuk ditayangkan, membatalkan jualan tiket sehari selepas pembukaannya, selepas kempen boikot dalam talian yang mendakwa kumpulan itu mempromosikan “tingkah laku yang tidak bermoral” mula viral.

Walaupun tiada daripada tujuh anggota kumpulan ini secara terbuka mempromosikan atau mengakui terbabit LGBT, kumpulan anti-gay mendakwa mereka membawa agenda homoseksual melalui slogan “Love Youself”.

Image result for russia ban bts

Pada tahun 2013, Rusia melaksanakan “undang-undang propaganda gay” yang memburukkan lagi permusuhan terhadap golongan LGBT+ di Rusia.

Bulan lalu, laporan Human Rights Watch mendapati bahawa undang-undang itu secara langsung merosakkan dan membahayakan LGBT+ terutama kanak-kanak dan orang muda.

Laporan itu, yang dipanggil “Tiada Sokongan: Undang-undang Propaganda Gay Membahayakan Pemuda LGBT” – mendapati bahawa undang-undang itu telah menghalang golongan LGBT+ daripada mengakses pendidikan inklusif dan perkhidmatan sokongan.

BTS baru-baru ini menikmati populariti di seluruh dunia di mana kumpulan tersebut muncul di Anugerah Muzik Amerika 2018 dan Anugerah Muzik Billboard. Mereka juga merupakan tetamu kehormat pada September lalu semasa forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana mereka menggesa belia dunia untuk “menyayangi diri sendiri.”

Sementara itu, para peminat yang kecewa dengan pembatalan tayangan itu nekad untuk ke bandar Grozny, di Chechnya untuk menonton filem berkenaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button