AntarabangsaIsu Semasa

Britain Rancang Buka Pangkalan Tentera Di Caribbean Dan Asia Tenggara

Britain mempunyai rancangan untuk membina dua pangkalan tenteranya di Caribbean dan Asia Tenggara.

Setiausaha Pertahanan, Gavin Williamson dalam satu temubual bersama Daily Telegraph berkata, rancangan tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Britain sebagai “pemain global yang sebenar” dengan meningkatkan peranan negara itu di pentas antarabangsa selepas ia meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Jelas Williamson, ini juga menandakan peralihan daripada strategi East of Suez 1968, di mana Britain berundur dari pangkalan-pangkalan tentera di Asia Tenggara dan Teluk Parsi.

“Kita perlu menjelaskan bahawa itu adalah satu dasar yang mempunyai kelemahan dan Britain kini sekali lagi menjadi negara global,” katanya.

Difahamkan, Britain sudah pun mempunyai pangkalan tentera di Cyprus, Gibraltar, Falkland ISlands, dan Diego Garcia.

Dalam pada itu, Williamson meramalkan bahawa “fokus politik akan beralih dengan dramatik” selepas Brexit (penceraian Britain dari EU) dan Britain perlu menjalinkan hubungan yang “lebih rapat dengan Australia, Kanada, New Zealand, negara-negara Carribbean, serta negara-negara di seluruh Afrika.”

Jelas beliau lagi, pelan kontingensi Brexit kerajaan Britain – yang membabitkan kesiapsiagaan 3,500 anggota tentera sekiranya berlaku huru-hara ketika penceraian Britain dari EU pada bulan Mac ini – adalah satu “perancangan yang baik.”

“Kita sentiasa merancang untuk melaksanakan kontingensi, hanya untuk memastikan semua perkara berjalan dengan lancar bersama atau tanpa perjanjian,” ujarnya.

Sumber: The Star – Bloomberg

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button