AntarabangsaIsu Semasa

AS Akan Laksana Latihan Peluru Berpandu Di Okinawa

Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan melaksanakan latihan peluru berpandunya yang pertama di sekitar pulau Okinawa, Jepun pada tahun ini.

Menurut akhbar Sankei Shimbun, tentera AS telah memaklumkan kerajaan Jepun bahawa ia merancang untuk menggunakan peluru berpandu anti-kapal miliknya di Okinawa yang dikatakan penting dari segi strategik.

Difahamkan juga, lithan ini akan membabitkan pelancar roket mudah alih yang dilihat sebagai senjata tindak balas sekiranya berlaku serangan peluru berpandu yang berpotensi dilancarkan oleh China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kapal perang China dikatakan kerap belayar menerusi perairan berhampiran Okinawa, di mana majoriti tentera AS yang berada di Jepun berpangkalan di sana.

Menurut pakar, kegiatan maritim China yang semakin aktif merupakan sebahagian daripada rancangannya untuk mewujudkan kawalan perairan dalam sekitar apa yang dipanggil sebagai “first island chain” (gugusan kepulauan pertama) yang menghubungkan Okinawa, Taiwan, dan Filipina.

Dalam pada itu, segelintir penganalisis mempercayai bahawa China berhasrat untuk menamatkan dominasi tentera AS di barat Pasifik dengan menggunakan kawalan gugusan kepulauan kedua yang menghubungkan pulau Ogasawaran di selatan Jepun, wilayah Guam, dan Indonesia.

Pembangunan pesat tentera China juga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara-negara jiran di Asia.

Tahun lepas, Menteri Pertahanan Jepun menyatakan bahawa telah meningkatkan kegiatan ketenteraannya secara unilateral pada tahun sebelumnya.

Namun tegas Beijing, segala aktiviti ketenteraan yang dilaksanakan adalah untuk “pertahanan diri.”

 

Sumber: Straits Times – AFP

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker