MalaysiaPolitik

Sambutan Malaysia Baharu Masih Jauh

12 bulan yang lalu, rakyat Malaysia menjangkakan tsunami politik melanda. Lima bulan kemudian, sebuah kerajaan baru telah dipilih buat kali pertama. Dengan pemilihan Pakatan Harapan, rakyat menjangkakan negara menjalani perubahan secara total dan masalah ekonomi yang serius dan ketidakadilan sosial akan menjadi sejarah.

Pada bulan yang sama, polis menyerbu rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan dilaporkan merampas barangan mewah, barang kemas dan mata wang bernilai RM1 bilion dari kediamannya. Tuduhan jenayah dikemukan dua bulan kemudian sebelum isterinya turut menerima nasib yang sama.

Pertuduhan ini, bersama-sama dengan pembongkaran penyelewengan dari menteri kewangan, menandakan bahawa pembersihan rasuah, pemulihan integriti dan kedaulatan undang-undang mula dipraktikkan.

Walau bagaimanapun, proses reformasi tidak berjalan selancar yang diimpikan. Janji untuk meletak garis jelas antara kepentingan politik dan kepentingan peribadi, mula kabur. Beberapa menteri baru yang taksub dengan kuasa, mula tersasar dari agenda perjuangan sebenar mereka.

Pada penghujung tahun, kerajaan memutuskan untuk tidak menunaikan janjinya untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan semua bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Isu ini menjadi penanda aras bahawa masalah perkauman tidak pernah lekang dari Malaysia.

Menjelang akhir tahun , tumpuan telah beralih daripada isu-isu yang hebat mengenai tadbir urus dan pembaharuan institusi kepada pertelingkahan dalaman dan antara parti.

Dengan jangkaan yang begitu tinggi selepas 9 Mei, kekecewaan terhadap tadbir urus kerajaan adalah normal. Perubahan dan reformasi sesebuah negara merupakan proses yang panjang dan sukar.

Malaysia telah diberkati kerana proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi dan pemberontakan seperti negara-negara lain.

Ekonomi negara hari ini masih belum stabil dan terdedah kepada penurunan di peringkat global. Sementara kejadian rusuhan di kuil Seafield baru-baru ini, menunjukkan perpaduan sosial di negara ini juga bukanlah yang terbaik.

Kerajaan perlu mengendalikan isu-isu ekonomi dan sosial yang lain dengan penuh berhemah. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh mengabaikan janji kempen terbesarnya untuk menjalankan reformasi institusi agar Malaysia Baharu dapat dihayati dengan sempurna.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker