Sukan

Menurut Ahli Keluarga, Inilah Hadiah Terbaik Untuk Meraikan Ulangtahun ke-50 Michael Schumacher

Bagi peminat Formula Satu (F1), pasti akan merindui pelumba yang hebat yang memegang gelaran pelumba terbanyak dengan memenangi tujuh kejohanan dunia, 91 kemenangan grand prix, 155 podium dan 68 kedudukan ‘pole’.

Ramai yang sedih dan hilang minat untuk mengikuti perkembangan perlumbaan F1 setelah beliau bersara pada tahun 2012 dan mengalami kemalangan semasa bermain ski di Meribel, Pergunungan Alps pada 29 Disember 2013. 

Michael Schumacher, pelumba tersohor yang menyambut ulang tahun ke-50 pada hari ini telah berada dalam keadaan koma akibat kecederaan pada otak kiri beliau selama lima tahun dan selama lima tahun tersebut, ahli keluarganya tidak membenarkan seorang pun mengeluarkan kenyataan tentang kesihatan Schumacher.

Rahsia ini tersimpan sehinggalah ahli keluarganya mengeluarkan kenyataan sempena hari ulang tahunnya ke-50.

“Beliau berada dalam jagaan yang terbaik dan kami sedang melakukan segala yang patut untuk membantunya. Kami sangat berharap semua pihak faham bahawa kami hanya melakukan apa yang diinginkan Michael dan tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara sensitif seperti keadaan kesihatannya kerana ia hal peribadi yang sudah ramai sedia maklum.”

Perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan ramai kerana menurut pengurusnya Sabine Kehm, semasa menjadi seorang pelumba, Michael Schumacher juga tidak suka mewar-warkan tentang keluarga dan hal peribadi beliau.

Mick, anak Michael Schumacher

Sabine Kehm yang merupakan orang kepercayaan keluarga Schumacher dan kini menjadi pengurus kepada kerjaya anak Schumacher bernama Mick yang turut mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang pelumba.

Sambutan Hari Ulangtahun ke-50

3 Januari 2019, genap Michael Schumacher berusia 50 tahun dan ahli keluarganya telah mengeluarkan sebuah aplikasi yang membolehkan para peminat melihat kejayaan yang pernah dimilikinya manakala Keep Fighting Foundation telah mengadakan sebuah muzium virtual untuk mengenang kejayaan beliau.

Muzium Ferari di Maranello, Itali pula mengadakan pameran sempena ulangtahun ke-50 Michael Schumacher yang akan berlangsung selama sebulan. Pameran istimewa ini adalah untuk meraikan pelumba ‘Prancing Horse’ terhebat.

Michael Schumacher semasa menjadi pelumba Mercedes

Manakala Mercedes, pasukan terakhir yang dipandu Schumacher di Formula Satu sebelum bersara akan mempamerkan beberapa kereta yang dipandu beliau di Stuttgart.

Pihak pengurusan Formula Satu juga tidak terlepas dalam memberi penghormatan kepada beliau dengan mendedikasikan seminggu ini untuk Schumacher di media sosial termasuk beberapa temuramah eksklusif bagi yang pernah bekerja dengan beliau.

Keadaan kesihatan Terkini Michael Schumacher

Difahamkan Schumacher sehingga kini masih menerima rawatan 24 jam di rumah miliknya yang berhadapan dengan Lake Geneva, Switzerland. Dipercayai kos rawatan tersebut dianggarkan mencecah sehingga $28,000 seminggu.

Walau bagaimanapun, terdapat laporan bahawa beliau akan diterbangkan ke Dallas, Amerika Syarikat dipercayai untuk menerima rawatan di sebuah klinik pakar yang merawat kecederaan pada otak.

The Daily Mail pada bulan Disember lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Schumacher kini sudah boleh bangun dan tidak lagi memerlukan tiub dan sebuah majalah Swiss L’Illustre pula berkata Schumacher bakal berpindah ke sebuah rumah mewah yang pernah dimiliki oleh presiden Florentino Perez di Mallorca.

Bagi ahli keluarga Schumacher, hadiah terbaik untuk beliau sempena ulang tahunnya ke-50 ialah dengan mengingatinya sebagai pelumba terulung yang memiliki pencapaian yang luar biasa seperti yang beliau pernah pegang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button