Isu SemasaTempatan

Betul Ke Dr Mahathir “Pro-Jepun, Anti-China”?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah digelar sebagai “pro-Jepun, anti-China” apabila beberapa projek mega dengan China dibatalkan atau dikaji semula selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menolak dakwaan berkenaan dan menyatakan bahawa beliau adalah “kawan baik” Chia dan telah berkali-kali mempertahankan negara itu di platform antarabangsa.

Dalam satu temubual ekslusif bersama Sin Chew Daily, Dr Mahathir berkata, beliau telah mempertahankan China di pelbagai negara, termasuk Jepun, ketika sedang menghadiri sebuah forum.

“Mereka (Jepun) tanya saya, apa perasaan anda tentang China? Saya memberitahu mereka bahawa Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan dengan China. Kita mempunyai hubungan perdagangan dua hala dan kita juga mesra dengan China,” katanya.

Ujar beliau, apabila Portugal datang ke sini dari kira-kira 8,000 batu jauh, kita telah dijajah olehnya, manakala China pula telah bersama Malaysia untuk tempoh yang lama, tetapi tidak pernah menjajah negara kita.

“Terdapat ramai warga Cina di negara kita, tetapi China tidak pernah menjajah kita. Siapa yang patut kita takut? China atau Eropah? Ramai rakyat China mengenali saya. Mereka melihat saya sebagai kawan baik China.

“Hanya kerana kerajaan Malaysia meminta untuk mengkaji semula projek East Coast Rail Link (ECRL) dan membatalkan projek gas asli Sabah dan Melaka, saya dilihat sebagai tidak mesra?,” soal beliau.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan China sedar bahawa Malaysia sedang menghadapi isu kewangan yang serius dan tidak mampu untuk meneruskan projek-projek mega berkenaan.

Bukan itu sahaja, malah menurut beliau, projek-projek berkenaan juga adalah “projek yang tidak baik”.

Namun, sekiranya mendapat persetujuan China, kerajaan Malaysia mungkin akan meneruskan projek ECRL itu, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berusia 93 tahun itu berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke China lagi pada tahun ini sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Tambahnya lagi, kerajaan Malaysia juga tidak akan menghantar dua ekor panda, Xing Xing dan Liang Liang ke pulang ke China memandangkan ia adalah hadiah yang diberi oleh China kepada Malaysia.

Jelas beliau, panda-panda tersebut mempunyai signifikan diplomatik di dalam hubungan dua hala Malaysia-China kerana ia adalah hadiah sempena sambutan ulang tahun hubungan bilateral kedua-dua negara yang ke-40.

 

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker