Gaya HidupKesihatan

5 Jenis Kandungan Syampu Untuk Rawatan Kelemumur Mengikut Masalah Kulit Kepala Anda

Kelemumur atau dandruff dalam Bahasa Inggeris ialah sebuah keadaan kulit yang biasa dihidapi. Ia tidak akan berjangkit dan memudaratkan tetapi ia mungkin agak memalukan dan adakalanya sukar untuk dirawat.

Pada kebiasaannya, kelemumur boleh diatasi dengan hanya mencuci rambut setiap hari. Walau bagaimanapun, bagi yang mempunyai kelumumur yang sukar untuk disingkirkan, and harus menggunakan syampu anti-kelemumur untuk merawatnya.

Tidak semua syampu ini akan sesuai dengan kulit kepala anda, jadi anda perlu bereksperimen dengannya. Lantaran itu jika kulit anda terasa panas, sakit dan kemerahan setelah menggunakannya, anda harus berhenti serta merta.

Jikalau terjadi kesan alahan seperti tanda kemerahan yang gatal atau kesukaran untuk bernafas, segeralah dapatkan rawatan.

Lima Syampu Anti-Kelemumur

1. Syampu Pyrithione zinc

Syampu ini mengandungi agen anti-bakteria dan anti-kulat (antifungal). Syampu ini boleh bantu mengurangkan kulat pada kulit kepala yang menyebabkan terjadinya kelemumur dan dermatitis seborrhoeic.

2. Syampu berdasarkan tar

Tar arang batu ini bantu keadaan kelumur yang terjadi daripada dermatitis seborrhoeic dan psoriasis. Syampu ini mampu mengurangkan kecepatan kulit kering tertanggal tetapi akan menyebabkan warna rambut luntur.

3. Syampu mengandungi salicylic acid

Syampu ini adalah seperti scrub untuk kulit kepala yang mampu menyingkirkan sisik di kepala tetapi ia juga boleh menyebabkan kulit kepala anda semakin kering dan lebih banyak pengelupasan kulit akan berlaku. Oleh itu, anda digalakkan menggunakan kondisioner rambut untuk mengurangkan kekeringan.

4. Syampu mengandungi selenium sulphide

Syampu ini akan melambatkan proses pengeringan kulit dan juga mengurangkan kulat jenis malassezia. Syampu ini juga boleh melunturkan warna rambut. Oleh itu jika anda mewarnai rambut, adalah disyorkan untuk betul-betul mematahui arahan yang ditetapkan untuk menggunakannya.

5. Syampu ketoconazole

Ketoconazole mempunyai spektrum antikulat yang luas. Ia berkemungkinan akan menunjukkan kesan yang baik sekiranya kesemua syampu yang di atas tidak berjaya mengurangkan masalah kelemumur anda. Walau bagaimanapun, besar kemungkinan anda perlu bertanya kepada ahli farmasi untuk mendapatkannya.

Alternatif lain

Selain daripada lima syampu ini, anda juga boleh memulakan dengan cuba mengurangkan tekanan/stress kerana dipercayai stress adalah penyebab kepada munculnya kelemumur ini.

Terdapat juga nasihat untuk beri rambut anda sedikit cahaya matahari.

Sebuah kajian telah juga mendapati minyak tea tree dari Australia (Melaleuca alternifolia) mampu mengurangkan kelemumur kerana ia telah digunakan sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antikulat sejak berkurun lamanya. Namun, lebih kajian perlu dilakukan untuk keberkesanannya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker