Ibu dan AnakKesihatan

Ketahui 7 Sebab Kenapa Anak Anda Kencing Malam Untuk Bantu Mereka Mengatasinya

Jika anak anda sudah bercerai lampin dan dilatih untuk ke tandas tetapi masih mempunyai masalah kencing malam, anak anda mungkin menghidap Enuresis. Ini terjadi terutamanya jika mereka berumur lima tahun dan ke atas.

Lebih dikenali sebagai kencing malam, ia sebuah keadaan di mana kanak-kanak tidak dapat mengawal pundi kencing semasa tidur sehingga mencetuskan pembuangan air tanpa disedari.

Perkara penting yang perlu dilakukan oleh ibubapa ialah untuk TIDAK memarahi anak anda ataupun memalukan mereka. Ini kerana mereka tidak boleh mengawalnya dan mereka berkemungkinan besar juga tidak mahu keadaan ini berlaku.

Statistik menunjukkan 5-10% daripada kanak-kanak berumur 5-10 tahun mengalami perkara ini, manakala 2-3% berumur 11-14 tahun dan 1-2% ialah 15 tahun. Terdapat juga kes di mana keadaan ini berlanjutan sehingga mereka dewasa.

Apakah Penyebab Enuresis?

Faktor utamanya belum lagi dikerahui tetapi terdapat beberapa sebab yang kemungkinan menyebabkan ianya berlaku:-

1. Hormon

Badan manusia menghasilkan hormon antidiuretik (ADH) yang menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing semasa tidur tetapi jika seseorang itu tidak mempunyai ADH yang mencukupi maka lebih banyak air kencing terhasil semasa tidur.

2. Pundi Kencing

Otot di bahagian ini tidak dapat menahan air kencing dan terdapat juga kes pundi kencingnya lebih kecil dari normal.

3. Genetik

Ia sering terjadi di kalangan adik-beradik malah pernah terjadi oleh ibu bapa sendiri.

4. Tidur nyenyak

Tidur nyenyak/ tidur mati sehingga tidak dapat bangun tengah malam.

5. Diuretik

Sesetengah bahan kimia yang terdapat dalam kafein, minuman berkarbonat boleh menyebabkan seseorang kencing dengan lebih kerap.

6. Penyakit

Jika anak anda menghidap kencing manis, sembelit atau jangkitan kuman di salur kencing ataupun pernah terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan pada tulang belakang, ini boleh menyumbang kepada Enuresis.

7. Stress

Perkara yang menyebabkan anak anda sering mendapat mimpi buruk boleh menyumbang kepada enuresis. Contohnya penceraian ibubapa, kematian, persekitaran baharu atau dibuli boleh menyebabkan Enuresis.

Cara Terbaik Mengatasi Masalah Enuresis

1. Semak dahulu keadaan anak anda tentang sebab yang mungkin terjadi sehingga terjadi Enuresis ini.

2. Anda juga boleh membantu mereka dengan tidak memberi minuman yang mengandungi kafein dan juga minuman seperti kopi, teh, coklat, soda dan minuman berkarbonat.

3. Makan malam awal untuk mengurangkan kadar air di dalam badan tetapi pastikan mereka dapatkan air secukupnya di siang hari.

4. Jangan bangunkan mereka di tengah malam semata-mata untuk buang air kencing kerana ia tidak produktif pada jangka masa panjang.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker