Isu SemasaPolitikTempatan

DAP Berdepan Pertempuran Sukar Dalam PRK Cameron Highlands

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng mengakui bahawa partinya akan berdepan pertempuran yang sukar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kelebihan ternyata berada pada pihak parti Kongres India Malaysia (MIC) memandangkan ia telah menyandang kerusi Parlimen itu buat tempoh yang lama.

“Kerusi itu tidak pernah dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) atau DAP. Sememangnya, ia akan menjadi satu pertempuran yang sukar.

“(Tetapi) walaupun kelebihan berada di pihak MIC, kita akan berusaha untuk membina senjarah baru dengan memenangi kerusi Cameron Highlands agar rakyatnya boleh menikmati ekonomi dan pembangunan yang mampan.

“Kita tidak mahu melakukan pembangunan semata-mata, kita mahu pembangunan mampan, khususnya di kawasan hijau seperti Cameron Highlands,” katanya pada Selasa.

Dalam pada itu, Lim menyatakan bahawa jawatankuasa eksekutif pusat DAP (CEC) akan mengadakan perjumpaan pada minggu ini bagi membincangkan siapa calon yang akan bertanding di PRK tersebut.

“Kita akan mengadakan mesyuarat CEC dalam masa beberapa hari akan datang, kemudian kita akan membuat pengumuman,” jelas beliau.

Pada 4 Jun tahun lepas, Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M.Manogaran telah memfailkan petisyen untuk memohon perisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu bagi kerusi Cameron Highlands yang disandang oleh Datuk C. Sivarraajh (MIC) terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Kemudian pada 28 Disember, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengesahkan bahawa Sivarraajh tidak layak untuk bertanding dalam PRK yang akan datang ini.

Ketika PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan meraih 10,307 undi, dengan menewaskan:

M.Manogaran (DAP) – 9,710 undi

Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS) – 3,587 undi

Mohd Tahir Kassim (Berjasa) – 81 undi

B. Suresh Kumar (PSM) – 680 undi

Sumber: Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker