Gaya HidupKesihatan

3 Penyakit Gaya Hidup Yang Perlu Dihindari

Statistik menunjukkan angka yang mengerikan: Kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya salah satu daripada tiga penyakit tidak berjangkit (NCD) – kencing manis, tekanan darah tinggi (hipertensi) atau hypercholesterolaemia. Ini adalah mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS). Malah, 7.2% rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga NCD, manakala 26.3% mempunyai dua daripadanya.

Hiperkolesterolaemia

Bilangan rakyat Malaysia yang didiagnosis mempunyai lemak berlebihan dalam darah adalah 9.1%, tetapi masih terdapat kira-kira 38.6% yang tidak didiagnosis. Ini bermakna bahawa bagi setiap orang yang didiagnosis dengan hiperkolesterolaemia, terdapat empat orang yang tidak didiagnosis. Hiperkolesterolaemia meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi

NHMS 2015 mendedahkan 13.1% rakyat Malaysia telah didiagnosis manakala 17.2% tidak didiagnosis. Hipertensi boleh menjejaskan tisu dan organ yang berlainan di dalam badan melalui kerosakan pada saluran darah dalam badan. Ini berpotensi memberi kesan kepada jantung, otak, buah pinggang dan mata.

Kencing Manis

Menurut NHMS 2015, kencing manis didiagnosis pada 8.3% daripada rakyat Malaysia dan tidak didiagnosis dalam 9.2%, yang membawa kepada kelaziman keseluruhan sebanyak 17.5%. Kajian menunjukkan bahawa hanya 38% daripada pesakit kencing manis mempunyai tahap glukosa darah yang berada dalam sasaran rawatan.

Kita semua harus sedar tentang risiko kencing manis – ia telah banyak dibicarakan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Secara umumnya, kencing manis meningkatkan risiko komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan saraf, kerosakan buah pinggang, kerosakan mata dan kerosakan kaki.

Pembunuh Dalam Senyap

Sekiranya ada satu perkara yang sama tentang ketiga-tiga penyakit gaya hidup ini, mereka dapat “bekerja” bersama untuk meningkatkan risiko bahaya kepada tubuh.

Tekanan darah tinggi melemahkan saluran darah, manakala hiperkolesterolaemia pula “menggalakkan” plak kolesterol untuk melekat pada saluran darah, dan tubuh terdedah kepada dua risiko berbahaya. Kencing manis pula hanya menimbulkan kekacauan di dalam badan, meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.

Bermula Sekarang

Image result for unhealthy lifestyle

Ia telah kerap dibincangkan bahawa mengambil makanan yang sihat dan melakukan senaman yang teratur mengurangkan risiko penyakit gaya hidup. Tetapi statistik menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia yang menghidap NCD. Dalam tahun baharu ini, mungkin sudah tiba masanya untuk kita berazam mengamalkan gaya hidup yang lebih berdisiplin dan akan memberi kesan kesihatan yang lebih baik.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker