Hiburan

6 Bintang Yang Berjaya Mencipta Nama Dalam 2018

Kejayaan dalam industri hiburan sukar untuk dikecapi dan ramai penghibur, termasuk orang-orang yang sangat berbakat, berputus asa sebelum impian mereka menjadi kenyataan.

Sama ada tahun 2018 memberi tuah kepada mereka atau sikap daya tahan yang kukuh dalam dunia seni, enam bintang ini, baik tempatan dan antarabangsa, berjaya mencipta nama dan fenomena dalam dunia hiburan.

Chadwick Boseman

Related imageApa yang diperlukan hanyalah satu peranan untuk melonjakkan nama Chadwick Boseman. Sejak memulakan kerjayanya pada tahun 2003, Boseman telah memainkan watak sampingan yang agak kecil sehingga klimaks kariernya muncul pada tahun 2016 apabila menjayakan watak Black Panther.

Boseman pertama kali muncul sebagai raja Wakanda dalam Marvel Cinematic Universe menerusi Kapten America: Civil War pada tahun 2016 dan hanya pada awal tahun ini nama Boseman meletup apabila Black Panther menjadi fenomena dunia perfileman.

Black Panther, yang mengutip US$1.3bil (RM5.4bil) di box office, menjadi filem kesembilan tertinggi sepanjang zaman di seluruh dunia. Ia juga menjadi sejarah sebagai filem superhero pertama yang tercalon dalam kategori Filem Terbaik (Drama) di Golden Globes.

Penonton turut menonton watak Black Panther menerusi Avengers: Infinity War, yang menghasilkan lebih daripada US$2bil (RM8.6bil), menjadikannya filem keempat tertinggi sepanjang masa di seluruh dunia.

Dengan begitu banyak kejayaan komersil dan kritikal, pelakon Black Panther itu menjadi bintang yang paling bersinar sepanjang tahun ini.

Henry Golding

Image result for henry goldingGolding, yang mengukir nama sebagai pengacara rancangan percutian di rantau Asia Tenggara dan tidak mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, dipilih untuk menjayakan watak utama filem Hollywood!

Menerusi Crazy Rich Asians yang menerima kejayaan besar dalam box-office apabila ditayangkan pada bulan Ogos, nama Henry Golding mula menjadi sebutan. Filem ini baru-baru ini menerima pencalonan Golden Globes dalam kategori Filem Terbaik (Muzikal atau Komedi).

Beberapa bulan kemudian, Golding terus meniti zaman kemasyhurannya apabila filem keduanya, A Simple Favor, juga diterima dengan baik.

Pelakon British-Malaysia itu mempunyai tiga lagi filem yang bakal ditayangkan termasuk filem jenayah yang diarahkan oleh Guy-Ritchie, Toff Guys.

2018 tidak dapat dinafikan sebagai tahun yang besar untuk Golding, tetapi daripada perhatian yang telah diperolehnya, pelakon itu masih mempunyai masa depan yang panjang di Hollywood.

Noah Centineo

Related imageFilem romantik komedi Netflix, To All The Boys I’ve Loved Before yang ditayangkan pada bulan Ogos, menjadi kegilaan ramai dan watak Peter Kavinsky, yang dilakonkan oleh Noah Centineo, mempunyai banyak kaitan dengannya.

Pembawaan watak Peter sebagai pemain bola sepak dengan sisi sensitif oleh Centineo, telah memenangi hati seluruh dunia. Selain penampilannya yang tampan, Centineo turut memaparkan keikhlasan hati dalam watak itu yang menjadikannya ciri-ciri teman lelaki yang sempurna.

Centineo mengekalkan momentum itu apabila membintangi filem remaja Netflix yang lain, Sierra Burgess Is A Loser sebulan kemudian.

Di luar filem, pelakon berusia 22 tahun itu juga membawa pesona dan perwatakan yang disenangi dan turut menerbitkan tweet-tweet romantis yang mencairkan hati para gadis.

Blackpink

Blackpink telah membuat kemunculan dalam dunia hiburan pada 2016, tetapi 2018 menandakan kali pertama kumpulan gadis K-pop itu mendapat kejayaan global.

Ia terbukti apabila video muzik untuk lagu hits mereka, Ddu-Du Ddu-Du, yang dikeluarkan pada 15 Jun, adalah video muzik Korea yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24-jam hingga kini, dengan catatan 36.2 juta tontonan.

Kumpulan gadis K-pop yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa itu juga mengalahkan Gentleman oleh Psy dan Fake Love oleh BTS, yang menerima 36 juta dan 35.9 juta tontonan masing-masing.

Lagu itu sendiri adalah single tertinggi oleh artis Korea, yang tersenarai di tangga ke-55 dalam Billboard’s Hot 100, mengatasi Wonder Girls yang sinonim dengan lagu Nobody pada 2009 yang berjaya menduduki No. 76.

Album mereka, Square Up, turut menjadi album tertinggi oleh artis wanita Korea, yang mendahului di No. 40 di carta Billboard 200. Blackpink dijadualkan tampil di Malaysia pada Februari ini!

Ernie Zakri

Image result for ernie zakriSelama 10 tahun, Ernie telah berusaha untuk memasuki industri muzik tetapi tidak berhasil. Kemudian pada bulan Februari tahun ini segalanya berubah hanya dalam masa lima minit.

Persembahan Ernie menerusi lagu Aku Cinta di Anugerah Juara Lagu memukau seluruh Malaysia dan berjaya mengangkat nama wanita itu. Lantaran lantunan nota tinggi yang diiktiraf sebagai “pitch perfect’” oleh panel juri, Ernie dan rakan duetnya Syamel, memenangi vokal terbaik dan mengakhiri dominasi selama tiga tahun berturut-turut oleh Dayang Nurfaizah.

Sejak itu, kerjaya nyanyian wanita berusia 26 tahun itu telah meningkat dan Ernie telah muncul dengan lagu balada seperti Misteri dan turut menghadiahkan buah tangan terbaharu untuk peminatnya menerusi lagu Ku Bersuara.

Pada bulan Oktober, Ernie dan Syamel memenangi Anugerah Bintang Popular dalam kategori duo/kumpulan popular, mengukuhkan lagi kehadirannya dalam industri seni tanah air.

Ernie yang merupakan anak saudara kepada penyanyi adik-beradik popular Ziana Zain dan Anuar Zain, turut menyumbang suara dalam animasi Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal yang bakal menjengah pawagam tahun hadapan.

Syafiq Kyle

Image result for syafiq kylePerjalanan seni Syafiq bermula apabila dia meraih tempat kedua dalam pertandingan pemodelan lelaki, Hero Remaja, pada tahun 2011.

Sementara peserta lain dari kumpulannya seperti Fattah Amin, Saharul Ridzwan dan Hafidz Roshdi, telah lama dikenali, Syafiq mengambil masa untuk mencari kedudukannya dalam industri.

Syafiq mula dikenali menerusi drama tahun lepas Mencintaimu Mr. Photographer tetapi popularitinya melonjak menerusi Nur, drama yang memaparkan hubungan antara ustaz dan seorang pelacur yang ditayangkan pada bulan Mei.

Drama yang ditayangkan sepanjang Ramadan itu mengumpul sembilan juta penonton, dan melayakkan Syafiq menggondol Anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Skrin.

Pelakon berusia 26 tahun itu turut muncul dalam dua filem Gol & Gincu 2 dan Langsuir pada separuh kedua tahun ini. Langsuir, yang menjadi filem pertama Syafiq sebagai hero, memperoleh kutipan RM1.4 juta.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker