FesyenGaya Hidup

Kemeja Putih: Gaya Malar Sepanjang Zaman

Sebelum menjadi pakaian pilihan wanita dan lelaki, kemeja putih pernah menjadi simbol kekayaan dan menggambarkan kelas hidup yang tinggi, menurut Beyond Retro UK.

Dengan kolar dan bahagian lengan yang boleh ditanggalkan, (supaya dapat dibasuh dengan mudah), hanya golongan kaya dapat memakai kemeja putih kerana golongan yang tidak mampu, tidak dapat membasuhnya dengan kerap.

Vogue mengatakan “kemeja putih dipakai oleh mereka yang tidak bekerja supaya kesuciannya dapat dipelihara”.

Pada awal 1900-an pula, baju putih digunakan untuk membezakan antara pekerja pejabat dengan pekerja buruh.

Oleh itu istilah “pekerja kolar putih” mula wujud dan mereka yang melakukan kerja manual dikenali sebagai “pekerja kolar biru” kerana baju berwarna lebih tahan kotoran.

EVOLUSI GAYA

Image result for white shirt for menMasa berlalu, fungsi baju putih kini telah melampaui status sosial dan telah berevolusi. Ia didatangkan dengan pelbagai potongan, gaya dan kain, dari kain linen atau muslin dengan potongan standard sehingga potongan slimfit yang mewah dan bergaya.

Kemeja putih mula menjadi pilihan apabila bintang-bintang Hollywood seperti Katharine Hepburn dan Ava Gardner mempopularkannya pada tahun 1930-an dan 1940-an.

Imej The Beatles yang sederhana namun kacak dalam kemeja putih ternyata menjadi ilham bintang-bintang Pop Yeh-Yeh di Malaysia sekitar 1960-an dan peminat membuat gaya mereka sendiri dengan padanan seluar yankee.

Dalam fesyen, Coco Chanel menggalakkan wanita untuk meninggalkan korset dan mengamalkan gaya maskulin – baju putih longgar yang dipadankan dengan kardigan dan seluar, pada tahun 1920an.

Pereka seperti Carolina Herrera, Karl Lagerfeld, Tom Ford dan Thom Browne menganggap baju putih sebagai bahagian penting dalam koleksi rekaan mereka.

GAYA UNTUK LELAKI JUGA

Image result for white shirt for menSama ada ingin kelihatan formal atau ingin tampil dengan mod minimalis, kemeja putih adalah pilihan yang terbaik kerana fleksibilitinya.

“Setiap lelaki sepatutnya perlu mempunyai kemeja putih. Ia boleh dipakai dengan apa-apa sahaja, sama ada seluar slack atau seluar jeans.

“Ia boleh melengkapkan pakaian formal atau kasual dengan warna apa pun sama ada dengan atau tanpa aksesori,” kata pengasas jenama Oxwhite, CK Chang. Oxwhite adalah sebuah syarikat Malaysia khusus dalam penghasilan kemeja putih yang berkualiti tinggi.

“Kemeja putih perlu sesuai dengan bentuk badan anda. Sebagai contoh, saiz yang tidak terlalu kecil atau terlalu besar sangat sesuai untuk mereka yang berbadan besar.

“Perhatikan jenis kolar dan panjang lengan. Dan yang paling penting, pilih kemeja yang diperbuat daripada bahan berkualiti. Kemeja putih dengan tekstur nipis atau lutsinar biasanya adalah kain kurang berkualiti,” kata Chang.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker