AntarabangsaIsu Semasa

Iceland Juga Takut Penggunaan Bahasa Ibunda Mereka Hilang Akibat Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris sememangnya menjadi bahasa yang hampir difahami oleh seluruh dunia apatah lagi dengan penggunaan internet yang mana kebanyakan kandungan di dalamnya adalah Bahasa Inggeris.

Di Malaysia masih ada sahaja timbul konflik tentang penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Perkara ini rupa-rupanya juga terjadi di Iceland di mana bahasa ibunda mereka kini dipertuturkan seramai 355,000 orang di Utara Atlantik. 

Iceland yang pernah ditakluki Norway dan Denmark dari abad ke-16 sehingga awal abad ke-20 telah sedikit sebanyak memainkan peranan dalam angin perubahan bahasa mereka.

Namun begitu, bahasa mereka tidak berubah banyak sejak abad ke-11 sehingga kini.

Sebab kenapa bahasa ibunda ditinggalkan

Seperti yang berlaku di kebanyakan negara, akibat daripada dominasi budaya pop Amerika dan teknologi moden melibatkan internet seperti Youtube dan sebagainya, kebanyakan orang muda telah mula meninggalkan bahasa ibunda mereka.

Remaja di Iceland mengaku bahawa ia sudah menjadi seperti satu keperluan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam dengan menonton YouTube serta Netflix.’

Usaha kerajaan mengekang peninggalan bahasa Icelandic

Dalam pada itu, kerajaan Iceland telah mengambil beberapa langkah yang wajar bagi mengelak kepupusan bahasa ibunda mereka.

1. Pada tahun 1996, kerajaan Iceland telah mewartakan November 16 sebagai Hari Bahasa Icelandic yang mempunyai matlamat untuk mengekalkan identiti dan budaya negaranya.

2. Pada tahun 2011, undang-undang baharu Iceland dikeluarkan bagi menjadikan Icelandic bahasa rasmi negara tersebut.

3. Pada bulan September 2018, semua penulis dan editor yang menerbit buku dalam bahasa Icelandic akan mendapat tebusan 25% daripada perbelanjaannya. Ini adalah usaha supaya lebih banyak buku keluaran bahasa rasmi mereka diterbitkan.

4. Bagi menangani penggunaan Bahasa Inggeris dalam teknologi, sebuah pengesan suara Icelandic telah dibina yang mempunyai keupayaan seperti Siri (iOS) dan Alexa (Amazon). Teknologi ini telah memakan 2.4 bilion kronur (RM80.7juta) untuk membinanya.

Tidak perlu risau dengan Bahasa Inggeris?

Walaupun ramai para guru dan orang tua di Iceland risau bahasa ibunda mereka akan pupus, tetapi seorang pengkaji berkata ia bukanlah sesuatu yang membahayakan.

Iceland masih menghasilkan penulisan yang baik dengan 1,600 buku diterbitkan setiap tahun. Jumlah ini lebih daripada buku yang dikeluarkan oleh Perancis.

Apa yang membuat mereka yakin bahasa Iceland masih akan hidup ialah kerana tiada lagi perkataan dalam Bahasa Inggeris yang terdapat di dalam kamus bahasa Icelandic walaupun ia digunakan dalam pertuturan seharian.

“Saya tidak rasa Bahasa Icelandic akan hilang,” kata Gudrun Kvaran, ketua jawatankuasa Bahasa Icelandic.

“Dua abad yang lalu, seorang pakar bahasa Denmark telah menjangkakan bahasa Icelandic akan pupus dalam masa 200 tahun tetapi kita masih ada di sini, masih bercakap bahasa Icelandic sehingga ke hari ini,” tambahnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button