Isu SemasaTempatan

Militan Masih Aktif ‘Memburu’ Mangsa Untuk Diculik

Tiga minggu lepas, seorang anggota bersenjata daripada kumpulan militan Abu Sayyaf, Al Mujir Yadah  telah menculik tiga orang nelayan warga Indonesia di perairan Sabah.

Berikutan ‘kejayaannya’ itu, Al Mujir dilaporkan masih meneruskan misinya memburu mangsa untuk diculik di sepanjang sempadan laut timur Sabah.

Difahamkan, Al Mujir merupakan anggota Abu Sayyaf di bawah pimpinan sub-komander Hatib Hajan Sawadjan.

Menurut sumber perisikan serantau, dia dan seorang lagi lelaki bersenjata yang dikenali sebagai Salip Mura, dilihat berada di pulan Tawi-Tawi Sibutu, yang terletak berdekatan dengan sempadan laut Semporna dan Lahad Datu pada 21 Disember 2018.

Jelas sumber itu lagi, Abu Sayyaf dan kumpulan penculik yang berpangkalan di Tawi-Tawi terdiri daripada 18 orang individu, dan mereka juga lengkap bersenjata serta menjalankan operasi dengan menaiki dua bot laju.

Perisikan turut mendapati bahawa Al Mujir mengetuai sebuah kumpulan yang menculik enam individu, termasuk tiga nelayan yang merupakan penduduk Sandakan serta dua orang warga Indonesia, di kawasan Terumbu Pegasus pada 5 Disember.

Bukan itu sahaja, malah Al Mujir juga dipercayai pernah terbabit dalam kegiatan penculikan tempatan di Jolo, namun dia kini beralih kepada melaksanakan penculikan rentas sempadan untuk Abu Sayyaf.

Sejak awal tahun ini, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terus berada dalam keadaan berjaga-jaga dan telah meningkatkan rondaan di sepanjang sempadan perairan yang luas itu.

Berikutan insiden-insiden penculikan yang terkini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk mengambil pendekatan yang lebih ofensif dalam menangani kumpulan penculik rentas sempadan.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker