EventsSukanTeknologi

GameReady.gg Bawakan Kejohanan PUBG Mobile Open

Baru-baru ini, secara rasminya kejohanan GameReady.gg PUBG Mobile Open berlangsung di Comic Fiesta (CF) 2018, acara terbesar anime, comic dan games (ACG) di Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 22 dan 23 Disember lalu.

GameReady.gg PUBG Mobile Open ini merupakan kejohanan terbuka untuk pemain amatur PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile dengan hadiah terkumpul sehingga RM10,000.

Inilah perubahan yang Malaysia (peminat permainan video) mahukan. E-sukan semakin berkembang dan 2019 adalah tahunnya. GameReady.gg untuk memperhebatkan pengalaman pemain dan bersatu dalam ekosistem kompetitif. Matlamat kami adalah untuk membantu industri e-sukan di Asia Tenggara selain menarik pemain baru yang mampu membawa semangat yang sama seperti pemain e-sukan kita – Daniel Tay, pengasas GameReady.gg

Sejak pendaftaran kejohanan ini dimulakan 17 Disember 2018, lebih 280 pemain seluruh Malaysia telah menyertai Online Open Qualifier (Pusing Kelayakan Terbuka Secara Talian) dari 18 hingga 20 Disember 2018.

40 skuad tertinggi seterusnya akan bertanding di pentas akhir yang diadakan di Comic Fiesta 2018 sekaligus memenangi kejohanan ini.

Pasukan GANK.FTY mula juara dengan 26 kills dan 700 mata, membawa pulang hadiah wang tunai RM4,500 dan Team Kill With Pan sebagai naib juara membawa pulang RM2,500.

Tempat ketiga dimenangi MPX dengan membawa pulang RM1,500, dan Xenomorph di tempat keempat memenangi RM1,000.

Lebih 55,000 pengunjung yang hadir dalam acara yang berlangsung selama 2 hari ini.

Pengumuman tentang kejohanan e-sukan menerima respon yang sangat positif dari gamers, pembangun pemainan video, dan syarikat permainan video.

Platform pertama kejohanan e-sukan online, GameReady.gg berhasrat untuk menjemput para gamers untuk menyertai kejohanan mereka dengan memberikan pengalaman e-sukan terbaik kepada penonton dengan sokongan syarikat global di tahun 2019.

Untuk lebih informasi mengenai GameReady.gg Esports Tournament Platform, sila layari www.gameready.gg

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker