Sukan

8 Peristiwa Sukan 2018 Untuk Dikenang

1. Korea Utara dan Korea Selatan bergabung di bawah satu bendera untuk Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Asia.

Untuk pertama kali dalam sejarah, kedua-dua negara ini bergabung di bawah satu bendera dan telah mencipta sebuah pasukan hoki ais wanita hasil gabungan kedua-dua negara ini. Walaupun tidak menang tapi mereka telah menunjukkan semangat berpasukan yang luar biasa. 

Setelah hubungan dua negara berjiran ini semakin baik, mereka turut bergabung membentuk pasukan dalam beberapa sukan di Sukan Asia. Mereka berbaris bersama pada upacara pembukaan dan gembira untuk meneruskan kerjasama dalam semangat perpaduan dan persahabatan.

2. Naomi Osaka mengalahkan Serena Williams

Naomi Osaka, 21 tahun memenangi Kejohanan Terbuka US dalam acara perseorangan wanita mengalahkan Serena Williams. Beliau merupakan orang Jepun pertama yang memenangi perlawanan tersebut dengan 6-2, 6-4 mata. 

Namun, prestasi mengagumkan daripadanya dibayangi insiden pertengkaran di antara Serena dan pengadil, Carlos Ramos, yang tercetus apabila jaguh Amerika Syarikat itu didakwa mendapat isyarat daripada jurulatihnya.

Ia menyebabkan Serena dikenakan denda satu game sambil dia meneruskan bantahannya kerana dihukum gara-gara menghempas raketnya.

Ramai peminat Serena kecewa kerana kekalahannya sehingga Naomi telah di ‘boo’ semasa mengambil pingat kemenangan. Walau bagaimanapun, Serena telah menenangkan peminatnya dengan meminta mereka bertenang dan mengambil keputusan tersebut dengan hati terbuka.

3. Perlawanan antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor

Perlawanan seni bela diri campuran antara dua pemain hebat ini telah menjadi bualan ramai. Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi ‘submission’ (kuncian) ‘rear naked choke’ pada minit 3.03 pusingan keempat. 

Walau bagaimanapun pergaduhan di antara kedua pemain UFC ini tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor dan kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.

Khabib kini mempunyai rekod kemenangan 27-0, sekaligus mengekalkan takhta juara dunia lightweight UFC.

4. Perancis juara Piala Dunia buat kali kedua 

Setelah 20 tahun, Skuad Led Blues telah menjulang piala keramat ini sekali kali setalah menewaskan Croatia 4-2 di pentas akhir Piala Dunia FIFA 2018 Rusia.

Pada perlawanan ini, pengadil bantuan video (VAR) digunakan buat pertama kalinya di pentas final, dan penalti disempurnakan Antoine Griezmann pada minit ke-38.

5. Impian Usain Bolt menjadi pemain bola tidak terlaksana

Setelah menamatkan kerjayanya sebagai pelari pecut dunia pada tahun 2017, beliau ingin mencuba membina kerjaya sebagai pemain bola sepak pada usia 32 tahun. 

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik itu telah mendapat tempoh percubaan bersama Central Coast Mariners, sebuah kelab bola yang berpangkalan di Sydney, Australia. Namun, beliau gagal mencapai persetujuan bagi terma komersial untuk bermain dengan kelab A-League tersebut.

6. Dato’ Lee Chong Wei menghidap kanser hidung

Ramai peminat tempatan sedih dan segera mendoakan pemulihan Datuk Lee Chong Wei pulih daripada kanser hidung peringkat awal yang dihidapinya. Beliau yang terpaksa menarik diri daripada beberapa kejohanan seperti Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018 walau bagaimanapun telah pulih tetapi masih menerima rawatan susulan.

Datuk Lee Chong Wei dijangka akan kembali ke gelanggang latihan pada Januari 2019.

7. Pertandingan antarabangsa Dota 2 pertama kali dianjurkan di Malaysia

Kejohanan yang dinamakan sebagai The Kuala Lumpur Major itu menyaksikan 16 pasukan profesional Dota 2 dari seluruh dunia bertanding merebut gelaran juara siri pertama kejohanan Dota Pro Circut pagi Musim 2018/19. 

Kejohanan Dota 2 Major pertama di Malaysia ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM4.15 juta yang dimenangi oleh kumpulan Virtus.pro dari Rusia.

8. Jose Mourinho dipecat Manchester United

Jose Mourinho dikatakan dipecat berikutan persembahan yang tidak menonjol ditampilkan kelab Red Devils pada musim ini. United mengharungi permulaan terburuk dalam saingan liga selepas 28 tahun.

Rekod menunjukkan Mourinho sebelum ini telah menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga pada kempen 2016/17 sebelum mengemudi pasukan itu ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu dan mara ke final Piala FA.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker