AntarabangsaGaya HidupIsu SemasaKesihatan

Thailand Luluskan Penggunaan Daun ‘G’ Untuk Perubatan

Badan perundangan Thailand bersetuju untuk meminda undang-undang dadah negara sekaligus membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan secara berlesen.

Ia juga bersetuju membenarkan penggunaan kratom, sejenis tumbuhan tempatan yang secara tradisional digunakan sebagai perangsang dan ubat penahan sakit.

Undang-undang Thailand meluluskan bacaan terakhirnya di Dewan Undangan Negara dengan undi 166-0 dengan 13 penolakan, lapor Reuters.

Perubahan itu akan sah disisi undang-undang apabila diterbitkan dalam Warta Kerajaan. Ia akan membenarkan pengeluaran, import, eksport, pemilikan dan penggunaan produk ganja dan kratom untuk tujuan perubatan.

“Ini adalah hadiah Tahun Baru dari Dewan Undangan Negara kepada kerajaan dan rakyat Thailand,” kata Somchai Sawangkarn, pengerusi jawatankuasa penggubalan, dalam sesi parlimen yang disiarkan melalui televisyen.

Walau bagaimanapun, penggunaan dadah itu untuk tujuan rekreasi tetap tidak sah dan tertakluk kepada hukuman penjara dan denda yang sepadan dengan jumlah yang terlibat.

Ini menjadikan Thailand negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan penggunaan ganja untuk perubatan.

Rantau ini terkenal kerana pendekatan kerasnya terhadap dadah dan hukuman yang berat untuk jenayah berkaitan dadah. Pengedar ganja boleh dikenakan hukuman mati di Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Rang undang-undang itu dibahas dengan mengatakan kajian menunjukkan bahawa ekstrak ganja mempunyai manfaat perubatan, yang telah mendorong “banyak negara di seluruh dunia untuk menggubal undang-undang mereka”.

Kerajaan New Zealand awal bulan ini menggubal undang-undang mereka dan membenarkan penggunaan ganja perubatan, yang sebelum ini diharamkan.

Kerajaan British meluluskan marijuana perubatan awal tahun ini, dan undang-undang itu terpakai pada 1 November dari Sistem Kesihatan Nasional kepada pesakit yang mempunyai preskripsi.

Ubat-ubatan yang berasal dari ganja turut sah di sisi undang-undang di Jerman tahun lepas. Ganja perubatan juga sah di Australia dan Ireland.

Di Amerika Syarikat, ganja perubatan sah di 30 negeri dan setiap negeri mempunyai undang-undang yang berbeza, menurut Persidangan Dewan Negara.

Sementara itu, di beberapa negara seperti Colombia dan Kanada, ganja dibenarkan bukan sahaja untuk kegunaan perubatan malahan juga untuk tujuan rekreasi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker