AntarabangsaIsu Semasa

Polis Baltimore Beli Hampir 2,000 Senjata Api Demi Mengurangkan Keganasan

Polis di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) telah membeli hampir 2,000 senjata, termasuk pelancar roket sebagai sebahagian daripada program pembelian semula senjata yang bertujuan untuk mengurangkan keganasan di bandar itu.

Difahamkan, Baltimore juga merupakan sebuah bandar yang menyaksikan pembelian senjata secara haram dan merekdokan lebih daripada 300 kes bunuh setiap tahun, selama tempoh empat tahun berturut-turut.

Jurucakap polis berkata, pihaknya telah mengumpul 1,860 senjata secara keseluruhan menerusi program yang berlangsung selama tiga hari tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa, berikut adalah harga yang ditawarkan oleh pihak berkuasa kepada ‘penjual-penjual senjata’ terbabit:

1. Bekas peluru besar – AS$25 (RM105)

2. Pistol dan senapang – AS$100 (RM418)

3. Senapang semi-automatik – AS$200 (RM836) 

4. Senapang automatik – AS$500 (RM2,100) 

Walau bagaimanapun, harga yang ditawarkan untuk pelancar roket tidak didedahkan, dan pihak polis juga berjanji untuk merahsiakan identiti individu-individu yang mengambil bahagian dalam program tersebut bagi melepaskan senjata-senjata mereka.

Sementara itu, ketua polis Baltimore, Gary Guttle menyatakan bahawa ia adalah lebih baik jika senjata api tidak dimiliki oleh rakyat AS dengan sewenang-wenangnya.

“Jika senjata api tidak wujud, tidak berada di rumah mereka, ia tidak boleh digunakan, (dan) tidak boleh dicuri.

“Ia (senjata api) tidak akan menyumbang kepada keganasan,” tegasnya.

Hak untuk menyimpan senjata dijamin di bawah Pindaan Kedua seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan AS).

Berdasarkan statistik, 1/3 daripada rumah-rumah di seluruh AS memiliki senjata api.

Menurut pihak berkuasa kesihatan pula, hampir 40,000 individu telah terkorban di negara itu akibat senjata api pada tahun 2017, dan ia termasuk perbuatan membunuh diri.

Sumber: AFP

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker