Bisnes & Ekonomi

Sang Anak Yang Ingin Memberi Nafas Baharu Untuk Metrojaya & Syarikat-Syarikat Lain

Jika anda pernah dengar tentang pusat membeli-belah Metrojaya, hotel Corus dan jenama seperti Laura Ashley, East India Company, Somerset Bay, Zona dan Cape Cod, semua jenama ini adalah di bawah satu bumbung Malayan United Industried Bhd (MUI).

Merupakan sebuah syarikat terkemuka di tahun 1980an sehingga awal 1990an sehingga tujuh daripada anak syarikatnya tersenarai di dalam Bursa Saham Malaysia dan juga luar negara. Tetapi akibat daripada krisis ekonomi di tahun 1997, ia telah menyebabkan kemerosotan teruk untuk kumpulan MUI.

Tan Sri Khoo Kay Peng. Sumber Imej : TheStar

Baru-baru ini pengerusi kumpulan MUI selama empat dekad Tan Sri Khoo Kay Peng, telah meletak jawatan untuk memberi peluang kepada anak sulungnya, Andrew Khoo mengambil alih tugasannya.

Aset MUI semakin memburuk sejak 2014 dengan kerugian RM130.3 juta pada tahun 2017 tetapi dilihat semakin positif pada pertengahan tahun ini dengan kerugian RM60.5juta pada 30 Jun 2018.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan syarikat, Andrew telah memberikan mandat kepada semua anak syarikat yang bernaung di bawah MUI untuk menyemarakkan lagi syarikatnya dengan azam untuk mengubah kerugian menjadi keuntungan dan keuntungan menjadi lebih untung.

Jejaka berusia 46 tahun ini mahukan melihat keputusan yang positif dalam masa 12 bulan ini berpandukan tiga teras ini.

  1. Perstrukturan semula korporat dan kapital – ini adalah untuk memastikan syarikatnya fokus dan efisyen dengan melihat syarikat yang dorman dan perlu diteruskan.
  2. Merasionalisasikanaset syarikat
  3. Transformasi perniagaan  dengan memasukkan lebih jenama yang mementingkan gaya hidup ke dalam Metrojaya dan Hotel Corus.
Andrew Khoo. Sumber Imej : theedgemarkets

Mengakui dia datang dari generasi berbeza dan tidak mempunyai sejarah yang sama dengan ayahnya yang melalui perubahan daripada sebuah syarikat kecil menghasilkan berus gigi pada tahun 1960 sehingga mempunyai aset dan syarikat multi-industri, tetapi Andrew merasakan dia perlu mengambil langkah yang lebih objektif.

Beliau melihat apa yang baik untuk kumpulan syarikat. Jika ada yang perlu dijual, ianya perlu dijual manakala jika sesuatu perniagaan untuk harus dikembangkan, maka ia adalah langkah yang terbaik.

Andrew yang masih mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) kumpulan MUI, dilihat mempunyai perbezaan perwatakan yang ketara dengan ayahnya. Tan Sri Khoo tidak gemar untuk disorot tentang kejayaannya walaupun mempunyai syarikat besar pada tahun 80an-90an manakala Andrew berkata dia lebih mahu terbuka tentang syarikat yang dikendalikannya.

Tahun depan MUI fokus untuk membangunkan landasan e-perniagaan terutamanya bagi jenama Metrojaya. Menurutnya lagi walaupun perniagaan hotel sedang mengalami persaingan sengit dengan hotel baharu yang terdapat di pasaran, Andrew tetap optimistik dengan perniagaan tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker