Sukan

Wow! Pemain Piala Dunia Bakal Bermain Untuk UniKL

Bukan calang-calang apabila enam pemain import berstatus bintang dunia bakal diterapkan dalam skuad hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Robert Kemperman bersama Valentin Verga

Skuad hoki ini bakal menjadi tumpuan utama dalam Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) 2019 dengan dua tonggak yang telah membantu Belanda muncul naib juara Piala Dunia 2018, Robert Kemperman (pertahanan) dan Valentin Verga (tengah).

Selain daripada dua bintang ini, empat pemain lagi ialah penjaga gol Ireland, David Harte, dua pemain Australia, Timothy Deavin dan Keiren Govers serta bekas pemain Belanda, Martijn Havenga.

“UniKL akan cuba mempertahankan kejuaraan Piala TNB, selain menyasarkan untuk meraih keputusan terbaik dalam liga utama.

“Dengan adanya stadium baharu iaitu Stadium Hoki Tengku Abdullah di Bangi sudah tentu akan menaikkan lagi semangat pemain.

“Malah, kemasukan beberapa nama besar yang memiliki pengalaman antarabangsa menguatkan semangat UniKL untuk memburu seberapa banyak trofi musim 2019,” kata pembantu pe­ngurus UniKL, Saiful Azhar Mohd. Afandi kepada UtusanOnline.

Saingan liga akan bermula dengan perebutan Piala Sumbangsih di antara Pasukan Hoki Terengganu (THT) menentang UniKL pada 11 Januari ini, sebelum berakhir pada 3 Mac.

Selain muncul juara Piala TNB, UniKL menamatkan kempen 2018 dengan menduduki tangga keempat dalam sai­ngan Liga Malaysia yang dimenangi oleh THT.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker