Teknologi

5 Telefon Terbaik 2018 Pilihan Toodia

2018 merupakan tahun yang terbaik di dalam pasaran telefon pintar yang penuh dengan pelbagai teknologi dan inovasi baru.

Melabuhkan 2018, kami senaraikan 5 telefon pintar pilihan Toodia sepanjang tahun ini.

#1 Apple iPhone XS

Inovasi terbaru yang dikemas kini pada model sebelumnya iPhone X. Dipertingkatkan dengan lebih ciri-ciri bagi penggemar kamera. Selain itu, dengan cip terbaru mereka, Apple A12 Bionic, penggunaan lebih lancar biarpun membuka aplikasi yang banyak di dalamnya.

#2 Samsung Galaxy Note 9

Walaupun Samsung Galaxy S9 menerajui promosi Samsung sepanjang 2018, namun Note 9 dibina dengan spesifikasi terhebat untuk telefon pintar keluaran mereka. Note 9 boleh dikatakan mempunyai keupayaan sebagai sebuah komputer dengan spesifikasi yang baik.

#3 Asus Phone ROG

Bagi yang peminat tegar permainan video di dalam telefon pintar, Asus ROG adalah di dalam kategori yang terbaik. Ia dibina khusus untuk permainan yang lama seperti sistem penstabilan telefon dan juga penggunaan cecair penyejukan. Dengan pelbagai aksesori yang diperkenalkan bersama telefon, Asus ROG boleh dikatakan sebuah telefon gaming yang lengkap.

#4 Huawei Mate 20 Pro

Telefon flagship Huawei ini dibina khusus untuk penggunaan kamera. Ia dibina dengan 3 jenis lensa dengan fungsi tersendiri. Bukan itu sahaja, telefon ini turut dibina dengan spesifikasi yang terbaik untuk tahun 2018.

#5 Oppo F9

Telefon midrange ini juga mempunyai kebolehan yang tidak boleh dipertikai. Ia dibina dengan cip pemprosesan Mediatek MT6771 Helio P60 mampu memainkan permainan video pada kadar yang tinggi. Selain itu, dengan pengecasan VOOC, telefon mampu dicas dengan cepat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker